
Setelah lama tak join sebarang segmen, aku rasa terpanggil untuk turut serta dalam segmen anjuran Bro HH ni. Segmen yang mudah dan tak perlu nak tag sapa-sapa yang mana sangatlah aku gemar.
Nama anda sebagai blogger
So, demi menyelesaikan segmen ini, aku harus memperkenalkan serba sedikit mengenai latar belakang blog ini. Kalau dulu, aku lebih suka memperkenalkan diri sebagai ‘Lia-de-pinky-leo’, tapi seiring dengan peredaran masa dan mungkin kurang serasi dengan jiwa, maka beberapa bulan setelah wujud dalam alam maya sebagai blogger, aku menukar nama sebagai ‘Lia Irdelia’
Nama blog anda
Blog berlatarbelakang hitam dan berukiran bebunga merah jambu ini kunamakan sebagai ‘ Biar Coretan Berbicara’. Kenapa? Kerana melalui blog ini, aku dapat meluahkan seribu satu untaian kata yang kadangkala tidak mampu aku suarakan dalam alam nyata. Jadi biarlah hanya coretan yang berbicara.
Tagline blog anda
‘Hanya yang mendalami akan mengerti’, itulah tagline blog ini yang telah aku gunakan sejak wujudnya ia dalam alam maya. Mengapa?. Kerana hanya yang benar-benar mendalami, akan memahami setiap kata yang tercoret didalamnya.
Ceritakan bila anda mula berblog, mengapa dan kenapa anda berblog. Apakan inspirasi anda untuk berblog?
Aku mula mengenali blog setelah terbaca beberapa entry seseorang dan keinginan yang begitu kuat untuk menulis. Atas dorongan, maka terhasillah blog ini pada tanggal April 2011. Kebetulan pula tatkala itu, jiwa ini begitu kacau dan penuh misteri rasa yang bermain dalam jiwa. Maka terciptalah ‘Biar Coretan Berbicara’ yang menjadi medan untuk melepaskan setiap rahsia jiwa buat renungan bersama.
Pada mereka yang berminat nak turut serta, sila klik banner diatas..
Tamat pada 2/2/2012, Jam 11 pagi
Inilah kisah permulaan ceritera aku dan blog kesayanganku...~







12 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):
salam ukhwah
join segmen ni & folo kamu sekali..ju dtg blog sy & slmt bekenalan..
Terbaik!! singgah sini dan follow..
menarik kisah bagaimana blog BCBB nie.... boleh sambung lagi kisah nie lia.
nice..singgah sini tambah kwn
singgah sebentar..i'm done follow u.. salam perkenalan..
salam perkenalan...
dtg dr segmen yg sma..
=)
salam persaudaraan dari saya..
hmm nama baru Lia Irdelia lagi komersial sy rasa..
moga Lia terus sukses selalu..^_^
salam ziarah n follow kamu..thankz singgh blog nur..
nice blog...cantik dan puitis..gud luck utk kta semua :)
salam kenal..
terjah dari segmen yang sama..
All the best...
sy terjah sini..
anda ditag yer..->http://mulan-sahbanu.blogspot.com/2012/02/jawab-11-soal-11.html
As-Salam.
Terima kasih kerana sudi join segmen HH. Singgahlah lagi nanti.
HASRULHASSAN.COM
Follow awak dan bca entry...
nice!
Post a Comment