^_^

Tuesday, 24 January 2012

Segaris senja di ufuk langit

Credit to - Google



Dalam kesamaran waktu..

Aku membiarkan minda ini mengembara jauh..

Melangkaui garisan realiti..

Menikmati segaris senja di ufuk langit..



Diam..

Sepi dan nyaman sekali,

Disitu adanya harapan yang belum pasti,

Menanti untuk digenggami dalam realiti,



Bahagia,

Melihat angan-angan yang masih diawangan,

Sekawanan impian yang bebas berterbangan,

Sesekali kelihatan sengaja meliuk gemalai ,

Seakan-akan cuba memberikan harapan.



Senyum,

Dan mindaku kembali pulang ke realiti,

Memberikan satu tunjangan pasti,

Untuk lebih gagah berdiri.



Mengerti,

Dan aku semakin memahami,

Impian dalam fantasi itu semakin kuat dalam sanubari,

Setapak demi setapak,

Melangkah arah yang pasti.


Suatu hari nanti,

Pasti akan aku genggami..


Satu hari nanti..



3 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Paris Lipton said...

wahh mood kite xelok pg ni tibe bace ni rasa mcm diawangan~

Ujie said...

memang impian itu perlu, sbb kat situ adanya harapan..

Zahirah Dzulkifli said...

Insya Allah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...