^_^

Monday, 30 January 2012

Langkah bendul – sekadar istilah atau benar wujud ?

sumber gambar~ google


Apa itu langkah bendul?.. Mungkin kita pernah dengar, tapi tak pernah tahu apa sebenarnya maksud dan kaitan dalam budaya masyarakat melayu. Mungkin juga kita pernah tahu, tapi tak pernah mengalami.


Langkah bendul sebenarnya adalah satu istilah yang digunakan apabila seorang adik perempuan berkahwin terlebih dahulu sebelum kakaknya. Jika adik lelaki yang berkahwin dulu, ia tidak dikira langkah bendul kerana istilah ini hanya melibatkan adik perempuan dan kakaknya.


Adakah langkah bendul ini dibenarkan?.. Sebenarnya ia tiada salahnya tetapi terpulang pada pegangan setiap keluarga. Ada yang tidak kisah dan ada juga yang tidak mahu istilah itu wujud dalam kamus keluarga mereka.


Biasanya ada ganjaran atau hadiah yang diberikan kepada kakak oleh adiknya seperti sepersalinan pakaian ataupun sebentuk cincin mengikut apa yang telah dipersetujui melalui perbincangan.


Hadiah ini adalah sebagai simbolik menjaga hati kakaknya kerana terlebih dahulu berumahtangga dan penghargaan kerana sudi memberi laluan kepada adiknya untuk mendirikan mahligai bahagia.


Soalan cepumas ~ apa perasaan anda bila adik nak kahwin dulu?... Aku?..silakanlah.. wuhuuhuhu…


8 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Telor Power said...

dah tentu seronok...pasal akan ada kenduri kendara. dapat jumpa semua saudara yg jauh dan dekat. meriah!!!

Lea Isnawi said...

tercabar jugak kalo adik kawen dulu

hehe

Yatie Awang said...

eh eh ehhhh...sehari dua ni, entri kawin je..eeemmmm...ada apa2 ke..hahahha

Zahirah Dzulkifli said...

Akak saya pun tak kahwin lagi. Terasa nak kahwin dulu juga tapi tak tahu bila jodoh nak sampai. Hoho

niesa said...

adik sy langkah bendul tapi sy tak kisah tak minta apa2 pun sebab jodoh dia da sampai dulu.
tp kalau ada pemberian terima sebagai hadiah.mana tau esok2 jodoh kita pulak yang sampai...

kita merancang tuhan menentukan.jodoh tu samaada lambat atau cepat.

emy|farid said...

adeh. adik nak kawin ke? sbar la, jodoh dia smpai dlu.

adk bdik sy kawin ikut turutan, tak terlangkah pun sesapa

CIK CHIPSMORE said...

1st time masok sini.. :-) asl nye nak cari maksud langkah bendol.. benda nie akan terjadi dlm hidup sy. 10.11.12 pihak teman lelaki sy nak hantar merisik.. tetibe akk sy tanye cincin die ade beli sekali tak? terkejot besar jugak la.. xkan time merisik pown nak cincin jugak.. pastu akk sy boleh cakap nanti tunang die nak 1set barang kemas..time tu dah gase sakit ati la.. sebb mcm lebih2 lak die tu.. datu sy wat perbincangan dengan momydady,. mereka cakap tak perlu bagi semua tu.. cume bagi 1 pasang persalinan jerk.. bagi sehelai baju kurung pun boleh.. xkisah.. syukur dapat parent yang memahami :-)

jannatuladnin said...

InsyaAllah tahun ni bakal terima 2 adik ipar sbb dua adik lelaki dah nak menamatkan zaman bujang...takde rasa terkilan malah rs lebih teruja utk majlis mereka..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...