^_^

Monday, 23 January 2012

Ketam masak lemak cili padi


Akhirnya,

Aku berjaya makan ketam tanpa sebarang allergic.. Hehehe..Sebenarnya gak risau nak makan ketam. Sebab nanti bibir naik jadi bengkak. Dari dulu memang macamtu.. Tapi bila ketam dah siap dimasak, memang tak boleh tahan punya. Makan dengan nasi panas, lauk ketam masak cili padi ini saja sudah terangkat!!.. Lagi pedas, lagi bertambah nasi.. Nak resepi?.... ala.. Benda sempoi macam ni, semua orang pun boleh masak kan?..kan?..kan?.. Tapi tak pe, aku nak share juga resepi sempoi ala campak-campak.


Ketam masak lemak cili padi ala Lia Irdelia


~Make sure ketam dah siap di siang dan dibersihkan.

~Tumbuk/mesin sedikit halia , kunyit hidup dan 11 biji cillipadi (ikut citarasa, kalau tak tahan pedas, 5 biji sudah memadai)

~Campurkan bahan yang siap ditumbuk/mesin dalam periuk bersama ketam yang siap dicuci.

~Tambahkan garam sesedap rasa dan sedikit air kedalam periuk (paras ketam) dan didihkan..

~Titikkan 2 batang serai jika suka (untuk bau yang wangi)

~Masukkan 2 keping asam keping dalam didihan ketam

~Apabila hampir mendidih, masukkan santan dan kacau hingga santan rata dan cantik.

~Siap untuk dihidang..



Mudah bukan?

Selamat Mencuba~



9 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Telor Power said...

lia: sila pos huhuhuhu sgt lapar nie. hado kenapa la member2 aku nie suka post masak2 makanan. buat aku lapor

Lia Irdelia said...

@TP~
mana leh pos.. heheh,
Ce try masak,,
Puas hati tau dpt mkn bnyk2,, :)

Yatie Awang said...

sedap tu...tapi akak tak makan ketam...elergik jugak..tak berani akak, akak ni tak cantik kut2 makan ketam nanti jadi cantik susah pulak hahaaa

Ujie said...

akak kalau msk ketam cili api ni suka guna ketam yg kecik..sng nk mkn. lps tu punyala suka, siap hirup kuah dia lg..^__^

Lea Isnawi said...

lama xmakan ketam

Lily Jaafar said...

Allegik ke? Makan seafood banyak banyak banyak sangattt ...nanti dia hilang sendiri ;)

Lia Irdelia said...

@k.yatiE~
Hahaha..
ce try mkn skali..
kot2 ok nnti..

@k.ujie~
hirup kuah?..
huhuh..
sgt enak tuh..
ketam kecik tpi kena bnyk isi,
baru syokk.. :)

@lea~
ketam sgt best!

@lily jaafar~
betul2..
ramai yg ckp macm tu.. :)

Telor Power said...

ujie: citer lagi wat aku kecor...hadoi.siap kata leh hirup2

aku dapat bayangkan.

huhuhu tanah tinggi mana ada ketam ler.dah jgn citer lagi nanti aku sawan nanti.

Paris Lipton said...

alamakkkk terliurrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...