^_^

Sunday, 8 January 2012

Jimat-jimat dalam berbelanja


Masuk bulan ini hampir 5 bulan aku menerima hasil pendapatan sendiri dalam hidup ini. Apa yang aku rasa?.. puas jugalah merasa hasil penat lelah sendiri walaupun tidak sebanyak mana. Aku beli apa saja yang aku rasa nak beli.

Bahagianya bila kita dapat memberi sedikit pada adik-adik dan menyumbang walau sebesar kuman pada keluarga. Sangat bahagia!.. Sungguh.. Tambahan pula bila tengok anak-anak buah happy dan melompat seronoknya bila dapat sesuatu..

Shopping?.. salah satu aktiviti yang paling aku suka, dulu, window shopping saja, kalau terjumpa pun yang berkenan, telan air liur je la tengok baki duit yang ada dalam tangan, cukup-cukup nak tampung duit masa pengajian. Sekarang, dah boleh la nak pejam mata rembat je apa yang berkenan tu. Hahhhaa.. Setiap hujung minggu, berjalan je ngan member2, tengok wayang, happy-happy.. Indahnya rasa,,

Tapi perasaan happy ni terhenti seketika bila ayat keramat muncul dari mulut bunda.. Ada duit, jimat-jimat. Sekarang mungkin ada duit, akan datang?.. Belajar menyimpan.. ZAAAAPP.. Tersentak rasa. Menusuk dalam jiwa. Hm..

Teringat zaman belajar dulu, Lecturer ada cakap, bia sikit mana pun pendapatan yang diperolehi, make sure ada simpanan. Sekurang2nya 10% dari yang kita perolehi.. So???.. Mulai dari bulan yang akan datang ni, aku harus belajar menyimpan.. Nak kahwin, perempuan pun kena pakai duit kan???. Hahahkss.. Selamat menabung okeh…

8 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Miss Nadya said...

bila kerja sendiri baru kita tahu kan dear??

p/s :: sorry dear..:(

Ini Kisah Tia said...

Tia yang student ni pun ada simpanan sendiri. sikit takpe janji ada :)

echaRierie said...

heee..sy jgk suka prsaan itu..
tp still xdpt simpan lg..hahaha :)

aReLaN said...

hohoho...btul tu.dapat sket pn duit,at least simpan la jgk sket,jgn pki sme.mne tau kte perlukan di mse ssh nnt kn.

aimie amalina said...

huwaaaaa
jelessss niii..hehehe
bile masae sy nak merasa sopin2 suke cm ni..
huwaaaaa

hehee..ingat tu geng eskem, kene simpan
kikiki :))

telor power said...

menyimpan demi masa depan....dulu masa blajar tak pikir pun,sekarang dah kerja baru tahu susah senang nak cari duit huhuhuhu....

Ujie said...

beberapa bln yg awal tu bolehla shopping sukahati..cukupkan keperluan nk pegi kerja..belanja family tanda syukur dpt rezeki.

lps tu wajib saving..paling elok 20% drpd gaji. sbb kita tak tau turun naik hidup akan dtg. selain tu mmg utk kawinlah..^__^

budakijaupendek said...

saya pun enjoy gak sebulan dua.
lama-lama memang ade niat nak berjimat ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...