^_^

Saturday, 28 January 2012

Jangan cemburu ye sayang..

sumber gambar~google


Siapalah tidak cemburu bila nampak orang yang kita sayang bermesraan dengan orang lain. Sebagai manusia biasa yang lengkap dengan segala rasa dalam jiwa,sifat cemburu itu pasti ada. Kata orang, cemburu itu tandanya sayang. Tapi benarkah?..


Perasaan cemburu wujud secara semulajadi, dan kadangkala hadirnya ia mampu mengeratkan lagi hubungan yang sedia terbina. Tanpa rasa cemburu, pasangan kita mungkin akan rasa tidak dihargai dan tidak lagi sayang padanya. Percaya atau tidak, itu adalah hakikatnya.


Benar, cemburu itu perlu, tapi harus ada batasnya. Terlalu mengongkong dan sentiasa mahu mengambil tahu apa yang dilakukan pasangan, itu adalah jenis cemburu yang keterlaluan. Apa sahaja yang dilakukan, harus ‘hantar report’ terlebih dahulu. (Kes berkecuali untuk seorang isteri – izin suami adalah kunci bahagia diri). Kalau tidak, alamat perang dunia ketiga pasti akan meletus. Percaya atau tidak, itulah hakikatnya.


Jangan tidak tahu, bahawa ada juga insan yang tidak langsung cemburu dengan pasangannya. Bagi pasangan seperti ini, mereka percaya bahawa masing-masing ada kehidupan sendiri dan tidak harus menyekat kebebasan hidup. Itulah prisip dalam hubungan mereka.


Cemburu keterlaluan tidak mampu memberikan kebahagiaan yang berpanjangan kerana satu masa nanti, apabila pasangan sudah mula bosan dan tidak mampu lagi bertahan dengan sikap cemburu ini, maka, sedikit demi sedikit, bahagia yang terbina akan hilang serinya.. Percayalah..


p/s~ menyampah dengan sikap segelintir manusia yang cemburu buta.. Tak pasal-pasal, orang tak bersalah jadi mangsa,,


12 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

My Name is Mar said...

saya type xkisah tapi kalau dia sangat kisah..
Penah kena serang berdepuk-depuk kerana dia CEMBURU..

EZAD AMIR said...

jgn bunuh sifat cemburu tu,
nanti tak ckup sifat pula sbg mnsia...hek3

Yatie Awang said...

kalau kita nak hindar sikap cemburu ni, kita kena hakiskan dulu sakwasangka dalam diri kita...
betul tu kadang2 cwmburu ini juga boleh membunuh...

Princess Feyqa said...

cemburu mmg ada tapi kena ada rasionalnye hehe :)

cinta amerqastrina said...

cemburu tandanya sayang... tapi yg penting jangan la sampai cemburu buta...

ainnoraini said...

Cemburu sikit2 ok laa... Jgn byk2 nnt jadi gaduh plk...

~AmyLiana86~ said...

cemburu tandanya syg..tp kalau terlalu cemburu susah gak kan..huhuh..miz u twin..

Telor Power said...

adat le ada cemburu tu.....

EZAD AMIR said...

ahhhh..bile kamu nk update....

Ruby Mahabbah Fillah said...

cemburu 2 wajib tp jgn over jer kn :)

Aishah Jahirah said...

cemburu perkara normal cemburu buta mmg abnormal...

Zahirah Dzulkifli said...

Cemburu buta tu memang parah dah kak. Tapi sebaiknya, elakkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...