^_^

Monday, 23 January 2012

Hidup dalam kenangan

sumber gambar ~google


Kenangan itu seperti apa?

Kenangan adalah satu memori semalam..

Yang sentiasa akan bermain dalam minda..


Samada sedar atau tidak,

Apa yang berlaku harini,

Akan menjadi kenangan pada hari esok..

Dan esok pula,

Akan menjadi kenangan untuk hari berikutnya,.,


Ada apa dengan kenangan?..

Wujud pelbagai cerita…

Disitu terletaknya banyak episod suka dan duka..


Mahu atau tidak,

Ia tetap akan menjadi sebahagian dari sejarah..

Yang terukir kemas dalam kotak minda.


Perlukah kisah dulu kala dikenang?..

Terpulang..

Andai ia bisa memberikan ketenangan,

Ambillah ia sebagai satu pegangan..

Andai ia bisa membuatkan hati dan jiwa kembali terluka,

Maka abaikan ia..

Tanam jauh disudut hati paling dalam,

Agar ia tidak lagi kembali menerpa jiwa.


Kenangan bagi Aku?

Kenangan itu sangat membahagiakan..

Biarpun ada diantara episod itu yang menyakitkan,

Namun ia aku anggap sebagai satu ujian kehidupan,

Yang harus di hadapi jua,

Sebagai permulaan sebuah kebahagiaan..


Kerana aku percaya,

Akan ada penghujung yang mendamaikan..

Sebagai penamat sebuah ceritera yang bergemerlapan.



4 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Yatie Awang said...

kenangan...kadang kala memang membahagiakan..

Telor Power said...

kenangan terindah takpe. tapi kalau kenangan yg buat pedihkan hati...xmo. huhuhu

Lia Irdelia said...

@k.yatie~
yup..
sangat bahagia,,
hehe

@T.P~
jgn ingat yg sesedih..
tpi dlm sedih ada gak hikmahnya..
heeee

Telor Power said...

lia: betul gak tu eh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...