Ada sesiapa yang pernah dengar atau tahu pasal FSTEP tak?.. Baru-baru ni ada keluar iklan pasal FSTEP ini. Apakah ia?.. Mengikut fahaman aku, FSTEP atau pun (Financial Sector Talent Enrichment Programme) secara ringkasnya ia adalah satu peluang untuk para graduan bagi mendapatkan latihan sebelum menempuhi alam pekerjaan yang sebenarnya.
FSTEP adalah idea Gabenor Bank Negara Malaysia iaitu Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang diuruskan oleh Institut Bank-Bank Malaysia dan didorong oleh industri perkhidmatan kewangan. Objektifnya untuk melatih dan menyediakan graduan berkaliber untuk pekerjaan di institusi perkhidmatan kewangan.
Siapa yang layak?..
-Graduan dengan CGPA 3.25 dalam sebarang bidang/khusus
-Berumur kurang dari 30 tahun
-Fasih berbahasa Inggeris
Apa yang best?
-6 Bulan belajar dalam kelas, ada sessi public speaking, presentation, n mcm2 lagi.. (macam zaman kampus)
-6 Bulan on jobtraining dalam industry perbankan
(Bank konvensional, Islam, takaful, insuran dan pelaburan. Di samping ada juga kelas Toastmaster, Komunikasi dan Pembangunan Diri)
-Dapat elaun RM2,200 setiap bulan
Aku memang teruja dengar, dan teringin nak join sekali.. Tapi….. ada sesuatu yang mengganggu pemikiran ini.. apakah ia??
~Apabila menerima biasiswa FSTEP dan terma-terma dan syarat-syarat, setiap peserta akan terikat sepanjang tempoh latihan, tambah satu lagi tahun tambahan selepas penyerapan ke dalam sektor kewangan.
~Peserta FSTEP yang menarik diri daripada program ini akan dikehendaki untuk membayar balik jumlah RM45, 000 sebagai elaun biasiswa dan kos latihan.
-Terikat dengan kontrak selama sessi program ini berjalan (2 tahun),. Itu yang membuatkan aku fikir banyak kali.. So, sekali dah terikat, tak boleh gatal-gatal nak pergi mintak kerja lain.. oh noo… huhuhuh.. bagaimanakah???.. (hajat hati mahu jadi PTD, dan masih berusaha mendapatkannya.. huhuhuu..)
Pada sesiapa yang berminat?.. klik SINI untuk info lanjut.. Tutup pada 15 March 2012








7 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):
mcm best...tp tak abis study lg..
@nurul_diya~
memang best..
heheh..
abiskan dulu study k..
:)
menarik....elaun besor. tapi part gcpa tu yg tak layak tu huhuhuhu
kalau dear confius..buat solat istikharah..mintak petunjuk dari yg esa...pilih mana yg terbaik untuk masa depan..:)
kena fikir masak2 ni
fikir betul2,,tapi macam best je,,fikir apa kemahuan lia yang sebenar..
kwn2 akak ada gak yg x FSTEP...tough program ni,tp berbaloi....:)
Post a Comment