^_^

Wednesday, 25 January 2012

Dengan rasa syukur,

sumber gambar~google



Dengan rasa syukur,

Bangkit dari lena yang sementara,

Penuh semangat didada,

Aku memulakan semula rutin harian biasa,

Bersama permulaan cerita baru.


Dengan rasa syukur,

Melangkah penuh yakin,

Menerokai masa dan waktu yang berlalu,

Menunaikan amanah tuntutan duniawi.


Niatku ibadah dalam merungkai matlamat hakiki.

Walau dalam hati ini,

Masih belum benar mencintai ,

Namun atas rasa syukur,

Aku akan terus cuba memahami dan mengerti..


Dengan rasa syukur,

Aku menghargai apa yang telah diberi,

Walau dalam hati kecil ini,

Masih lagi mengharap sesuatu yang lebih pasti.

Dalam menghiasi hari-hari,

Menelusuri denai hati…


Bersyukurlah dengan nikmat diberi..


3 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Yatie Awang said...

Alhamdulillah...jalani dengan ikhlas

Telor Power said...

ya kita kena dentiasa bersyukur. terima kasih sentiasa saling ingat mgingati sesama kita

Lia Irdelia said...

@k.yatie~
yup..
ikhlas dengan segalanya..

@TP~
trimas juga kerna sudi lagi brkunjung ke sini.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...