^_^

Sunday, 29 January 2012

Debaran pernikahan

sumber gambar~google


Majlis kahwin, persandingan dan menyambut menantu memang ada musimnya. Terutama time cuti sekolah, kadang-kadang sampai 3 tempat jemputan harus dihadiri. Tapi ada juga pasangan yang tidak mahu pilih tarikh cuti sekolah sebab tak mahu bertindih tarikh dengan kenduri lain. Itu terpulang pada tuan punya badan.


Menunggu tarikh nikah tiba ~ memang sangat-sangat mendebarkan. Segala benda harus difikirkan. Dari sekecil-kecil benda sampailah perkara penting yang harus disediakn dan ia sangat memeningkan kepala. Ia satu tekanan kecil yang berlaku dalam pada menanti hari bahagia.


Maklumlah, majlis sekali seumur hidup ini, harus menjadi sempurna biarpun terdapat sedikit kekurangan sini dan sana. Persiapan demi persiapan harus diusahakan sikit demi sedikit bagi memastikan segalanya berjalan lancar.


Kenapa entry ini tercetus?.. Sebab pening juga memikirkan perkara-perkara remeh yang kadangkala membuatkan kita tidak tidur malam sebab memikirkan ia. Percaya atau tidak, ‘doorgift’ atau pun yang orang melayu panggil ‘berkat’, turut menjadi isu punca sakit kepala sebab pening tak tahu nak pilih yang mana sesuai.


Jadi, untuk mereka yang sedang dalam perancangan ke arah alam bahagia a.k.a. ‘rumah tangga’ ini, haruslah bersedia, dan merancang dengan teliti dari awal segala persiapan yang harus dilakukan. Terutama yang budgetnya memang betul-betul cukup-cukup saja. Kecualilah ada sponsor besar dan mampu untuk tempah wedding planner.


Apa pun, merancang haruslah serba sederhana sebab perancangan bukan hanya terhenti setakat tamatnya majlis, tetapi juga kehidupan selepas menempuhi alam rumah tangga. Fikir-fikirkan.


p/s : Sekadar tumpang pening kawan-kawan yang sedang mengalami sindrom debar pernikahan.. heheh..


9 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Cik tikah said...

pening sebab door gift? ehe.. cari kat internet, insyaAllah idea kuar nanti :)

Si BuDaK KaChAk said...

igtkn tuan blog yg nk nikah...

hehehe

Halimatun Sa'adiah said...

kalo duit cukop x payah pening...

Telor Power said...

argh...semua tu meminangkan kalo boleh nak wat se simple boleh ajer....

Lea Isnawi said...

takut nak tawen

Ujie said...

akak dulu mmg tak pening2..sbb bajet ciput, jadinya buat simple.

Yatie Awang said...

wah...pandainya Lia...hhhahaa..

bersederhana itu lebih baik

ainnoraini said...

Buat mana yg perlu jer... Jangan membazirkannnnn
simple tapi meriah..

Munnafendy said...

dah baca =)

malam td buat bunga telur dgn mak, mak tnya doorgift nak bg apa..tetiba blur...betul la pening...haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...