^_^

Tuesday, 24 January 2012

Anak - Berfikir guna otak tanpa akal

sumber gambar - Google



Alahai anak.

Dah nama pun anak,

Hormatlah mak bapak,

Balas pengorbanan walau bukan dengan harta bercupak-cupak,

Bukannya sumpah seranah atau jadi tempat lepaskan penyepak..



Alahai anak,

Waktu belajar konon masa tak ada untuk mak bapak..

Sibuk study sampai mata bengkak-bengkak,

Bila kerja dah kerja pulak,

Konon busy tapi sebenarnya banyak je masa nak melepak.



Alahai anak,

Bila tak ada duit, sibuk pinjam mak bapak,

Janji nak bayar tapi haprak,

Ada duit sikit tapi joli katak,

Konon-konon kaya tapi sebenarnya harta rompak.



Alahai anak,

Masa susah , jumpa mak bapak, menangis melalak,

Mintak tolong sampai suara pun serak,

Bila dah senang langsung tak ingat jasa mak bapak,

Belajar tinggi pun kadang fikir tak pakai otak.

Mak bapak dibuang macam tak ada akhlak.



*entry emosi – baru lepas baca cerita anak buang bapak – sedih =_+



4 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

echaRierie said...

InsyaAllah xmau jd mcm tue..

keras2 kepala pun kena igt parents jgk..:D

ainnoraini said...

jadi la anak yg berbakti kepada keduaibubapa... baru la berkat hidup di dunia dan akhirat...

Yatie Awang said...

ada lagi kes macam tu...anak yg buat macam ni memang tak ada otak

Lea Isnawi said...

sedang berusaha untuk balas budi mereka
tp sedih xdpt keje lagi
sobs

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...