
Masa terasa semakin cepat berlalu.
Memberikan terlalu banyak kenangan,
Yang hadir dan tertinggal kesannya dalam hati kita
Dan akan kekal sebagai bingkai kenangan selamanya.
Hari demi hari yang berlalu,
Pelbagai memori pahit dan manis,
Yang telah usai kita lalui,
Semuanya teradun menjadi satu,
Mencipta sebuah luahan rasa,
Dan pastinya akan ditinggalkan jua..
Kenangan yang manis,
Simpanlah ia disudut paling indah dalam jiwa,
Semoga ia menjadi kunci bahagia ,
Yang bisa menjadi pembuka lembaran baru dalam hidup kita.
Kenangan yang pahit,
Segala duka, lara dan nestapa,
Usah lagi dikenang –kenangkan..
Biarkan ia berlalu menjadi rahsia antara kita,
Dan jadikan ia sebagai pembakar semangat jiwa,
Untuk terus berpijak dibumi yang nyata..
Semoga tahun 2o12 yang baru menjelma,
Memberikan 1001 episod bahagia,
Buat kita semua..
InsyaAllah..
Berterima kasihlah pada tuhan,
Kerana kita masih lagi bernafas dibawah lindunganNya..
Selamat menempuh kehidupan di tahun 2012.







7 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):
semoga menjadi lebih baik :)
@najah~
tq.. for u too. :)
amin~
semoga kita mendpt keja yg baik dan ttp lps ni..
InsyaAllah..
hihi
alahai...knp tkleh bce pki laptop ofis ni.hmmm
@echa~
hahhaha,
hoping the same..
amin..
@arelan~
kerjakah harini?
keja elok2 k.. :)
tq anyway,,
ayuh!
jadikan 2012 suatu tahun yg sgt2 bermakna kan :))
selamat tahub baru syg :))
tamo sedih2 taw
chayok2!
selamat tahun baru lia!!..;)
semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas.
Post a Comment