^_^

Friday, 30 December 2011

Perasaan hati seorang ibu



Dia seorang ibu,

Yang dihatinya penuh sejuta rindu…

Sentiasa kesunyian dalam kesamaran waktu,

Memikirkan permata hati yang sentiasa dalam pelukan kalbu .


Dia seorang ibu penyayang,

Berpenat lelah malam dan siang,

Sanggup bersusah payah membanting tulang,

Hatinya terasa lapang andai si anak cemerlang.


Dia seorang ibu tua,

Keseorangan dalam meniti usia,

Punyai anak yang jauh dari mata,

Namun tak henti berdoa buat kesejahteraan anak tercinta.


Dia seorang ibu yang setia,

Tidak pernah mengharap wang yang berjuta,

Bukan juga meminta balasan pengorbanannya,

Tapi biarlah si anak sudi menjaga dihari tuanya.

Sesungguhnya pengorbanan seorang ibu tiada taranya,,.


Mak, orang sayang mak..

Sayang sangat-sangat..



Jangan buat saya macam ni..


Saya tak boleh buat kerja bila saya rasa nak menangis..
Tapi saya tak boleh menangis sekarang..
Itu lebih menyesakkan..

Saya tahu biarpun ia menyakitkan,
Tapi saya harus kuat..
Saya harus menerima ia sebagai hakikat..

Bukan semua orang suka pada kita..
Bukan semua orang senang dengan cara kita..

Tapi..
kalau saya buat salah,
Tolonglah betulkan saya,
Betulkan kesilapan saya,
Sebab saya tahu saya harus belajar dari kamu..

Saya sedar saya orang baru..
Jangan buat saya macam ni...
kenapa harus luahkan rasa itu pada orang lain?..
saya hanya orang baru..
yang mungkin tidak kamu perlu...

Jangan buat saya memandang kamu dengan rasa yang kelu
maafkan saya..


Thursday, 29 December 2011

Hati kita lain-lain



Rambut sama hitam,

Mata sama coklat,

Kulit sama kuning,

Darah sama merah,

Tapi kenapa hati kita lain-lain?


Bila kita senang sikit,

Ada saja yang menjeling,

Depan kita senyum-senyum,

Belakang kita dia tikam sampai terbenam.


Ada jenis orang baik,

Baik depan-depan,

Cakap tak bantah,

Tapi belakang muntah darah.


Ada jenis orang mulut sedikit jahat,

Bila cakap salu berdebat,

Kadang bikin kita jadi penat,

Tapi bila kita nak jatuh, dia dulu jadi tongkat.


Walaupun hati lain-lain,

Kita sebenarnya tetap sama,

Menumpang dalam dunia yang bukan milik kita,


Dan harus sedar satu perkara,

Bahawa kita sama,

Iaitu sebagai hamba, merangkap khalifah – Nya.


Sedar-sedarlah yer..

Wednesday, 28 December 2011

Redha dengan ujian-Nya



Kadang-kadang,

Dalam hidup ini,

Kita akan tetap merasa kesakitan,

Walau pun kesabaran telah kita kumpulkan ke had yang paling maksimum,

Namun kesakitan dalam hati,

Kerana tercalarnya sebuah rasa,

Tetap akan terjadi jua..


Lalu bagaimana harus lagi kita usaikan ia,

Menangis tanpa henti tidak memberi sebarang makna,

Namun usah abaikan tangisan,

Kerana ia satu cara melepaskan..


Tiada lagi kata seindah kata bersabarlah..

Sesungguhnya hidup ini indah bila kita redha,

Percayalah.

Kesakitan itu adalah ujian kesabaran,

Yang hikmahnya hanya Dia saja yang mengerti,


Bersabarlah..

Sesungguhnya ia janji Tuhan



" BLOG PILIHAN 2011 BERSAMA PAK CEK BIOLA"


Jum join segmen Pak cek Biola~

Pilih SATU BLOG SAHAJA yang menjadi pilihan anda sepanjang 2011.

  • Nyatakan nama blog tersebut bersama url blog.
  • letaklah header blog tersebut untuk promosi blog itu.
  • nyatakan kenapa anda meminati blog itu?
  • apakah harapan anda pada blog tersebut.


^__^


Pilih satu je erk..

Susahnya nak buat pilihan ni..

Huhuhu..

Oleh kerana terpaksa memilih,

Makanya, blog yang ku pilih adalah blog Penyair Senja

Sebab apa?..

Sebab entry dia yang amat-amat menyenangkan..

Aku tak pernah kenal dia..

Tak pernah ikuti secara rasminya..

Bukak belog miliknya pun sekali sekala,

Tapi bila aku rasa runsing,

Aku akan taip nama belog ini, baca nukilannya..

Dan aku akan sedikit lega…


dan mungkin jua kami punya kecenderungan yang sama

"mencintai nukilan jiwa'


Percayalah..

Aku mengaguminya..


Harapan?

Semoga pemilik belog ini success,

dan kekal meneruskan nukilan hebatnya..


Oleh kerana Header blog beliau tidak dapat di copy,

Maka aku print screen ja..

Heheee..


Tahniah pada pemilik belog di atas ini.. Aku mengagumi penulisanmu


Pada yang lain,

Selamat menjoinkan diri,

klik kat header penganjur segmen yang atas sekali tu ok..

Due 11.59 malam ini - 28/12/2012


^__^


Kau sudu dan aku garfu


Kau seperti sudu dan aku seperti garfu,
Memang kita berbeza,
Namun sebenarnya kita serupa.

Kau seperti sudu dan aku seperti garfu,
Tujuan terciptanya kita hanya satu,
untuk saling berpadu.

Kita harus bekerjasama,
Berkhidmat untuk tuan empunya,
Bersama sehingga matlamat sempurna.

Kau seperti sudu dan aku seperti garfu,
Kau boleh hidup tanpa aku,
dan aku jua begitu,
Namun akan lebih sempurna bila kita bersatu.

Kau seperti sudu dan aku seperti garfu,
Sebenarnya kita saling memerlu.
Tak begitu??


Monday, 26 December 2011

"Bloglist X-Change" dan "Review Ur Blog" by Kiz. Mari Join!

Jom join segmen exchange bolglist dari Kiz.

=)


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Follow blog Kiz kalau rajin ( tak nak pun takpe )

2. Buat entri pasal segmen ni kat blog korang

3. Of course mesti ada blog sendiri

4. Letak Link Kiz Garden dalam Bloglist korang

5. Lepas letak link, sila komen kat entri ni beserta Nama Blog and Link Blog

6. Nanti Kiz akan terjah blog korang and kalau link Kiz ada baru Kiz

akan letak link korang kat blog Kiz Garden ok.



Join ini juga ya.. =)



SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Buat satu entri kat blog korang pasal segmen ni

2. Follow Blog Kiz kalau rajin

3. Letak Link Kiz Garden dalam Bloglist korang

4. Mesti ada Blog sendiri

5. Untuk join, sila sertakan NAMA beserta LINK blog korang kat bahagian comment

6. TARIKH TUTUP : 12 JAN 2012


jum join.. :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...