^_^

Monday, 31 October 2011

Pasal blog pun nak nangis!!!



Aduhai.. Semalam memang bikin sakit jantung bila tiba-tiba tak boleh bukak blog. Sangat terkejut bila keluar ayat ini~

Blog has been removed

Sorry, the blog at i-irdelia-memylife.blogspot.com has been removed. This address is not available for new blogs..

PENGSAN!!!..

Punya lah risau sampai tak senang duduk dibuatnya. Tidur malam pun resah je. Tapi bila bangun pagi, sebelum pergi kerja, cepat-cepat check semula dan Alhamdulillah setelah verify dan ikut arahan yang google bagi, everything is back to normal. Yahoo…

Dekat office, ~

Aku : Cuak gila bila blog ada problem semalam… Mau nangis kalau blog hilang!

Office mate 1: alahai.. pasal blog pun nak nangis… motif apa blog-blog ni?..

Office mate 2: macam2 boleh buat.. diari, share info, news, macam2 laaa..

Office mate 1: tak perlu benda2 tu semua.. tak perlu..

Aku : Grrrrrr…. (Sabo jela.. malas nak bertekak..)

Memang aku nangis if blog kesayangan ini hilang.. Sayang beb.. Orang yang tak ada blog memang tak pandai nak appreciate benda-benda macam ni.. (Sesetengah laaa.. setengah lagi, memang bagus.. silent reader terhebat.. ! dan sudi me'like' entry aku ini ~ tq tau!..)

Hanya mereka yang berkecimpung dalam dunia blog saja yang mengerti apa yang aku rasa bila tiba-tiba jadi macam ni.. Even blog aku sempoi.. cikai.. tapi banyak sentimental value.. (pada aku laa..) Terpulanglah pada mereka.. Setiap orang ada pendapat masing-masing..

Tapi sentap woo dengar ayat dia.. huhuhu.. apa-apa pun, aku tetap sayang padamu belog ku..

Biar pun boleh create another blog account, tapi tetap takkan sama dengan yang telah hilang... huuhhu..



Sunday, 30 October 2011

Andai Benar Hati Ini Miliknya ..



Semakin hari..

Semakin terasa dalam hati ini..

Dia semakin dekat menghampiri..


Perasaan apakah ini..

Yang sering saja mengganggu kata hati..

Dan membiarkan diri ini hanyut dalam mimpi?


Dia..

Bagai pelangi..

Mewarnai hati ini..

Dan menyinari hati yang sepi..


Aku..

Masih lagi disini..

Tidak mungkin melangkah mendekati..

Tetap pegun dan kaku berdiri..

Menanti jawapan hati yang tidak pasti..


Hati,

Tertanya-tanya..

Mampukah dia ku miliki..

Sedang aku hanya seperti pepasir di pantaian..

Dan dia permata yang bersinar..


Jawapan hati..

Biarpun dia semakin mendekati..

Jangan mudah memberi..

Biarkan segalanya benar-benar pasti..

Dan ia akan datang mencari..


Serahkan saja hatimu pada Illahi..



Kuntuman Cinta Dalam Taman Hati..


Hati merasa..

Jiwa disentuh..

Lembut dan meresap..

Jauh di lubuk sanubari..


Hati terbayang..

Jiwa melayang..

Jauh ia terbang..

Namun segera pula turun ke bumi..

Kembali ke alam realiti..


Hati ini menyaksikan..

Dua jiwa yang seakan sama merasa..

Satu perasaan yang sangat asing..

Perasaan tanpa nama..


Biarpun hati mula bergetar..

Turut merasa lontaran jiwa..

Namun diminda cuba menafikan..

Membiarkan petanda itu segera berlalu..


Andai kuat ikatan pertemuan dua hati itu..

Maka akan tercantum jua..

Berangkai dalam jiwa..

Tanpa perlu dipaksa..


Ku biarkan ia tumbuh sendiri..

Mekar dalam sanubari..

Memutikkan kuntuman cinta dalam hati..



Terbang ke Dunia Cinta



Cinta..

Sememangnya sesuatu yang cukup indah untuk dinikmati..

Indah untuk dirasai..

Indah untuk dialami…


Cinta..

Sesuatu yang cukup subjektif,

Tidak boleh dilihat..

Tidak mampu didengari..

Dan tidak mungkin dapat disentuhi..


Cinta..

Hanya boleh dijiwai..

Hanya mampu dihayati..

Hanya bisa dinikmati…

Oleh mereka yang pernah dan sedang mengalami..


Cinta..

Kadangkala hadirnya ia tanpa dipaksa..

Datang tanpa diundang,,

Wujudnya ia dalam sepi..

Dan hadir bersemayam dihati..

Kadangkala tanpa disedari..


Cinta..

Bukan suatu yang mustahil..

Andai merasai peritnya pabila ia pergi tanpa rela..

Namun terpaksa jua dihadapi..

Andai ia tidak bisa diselamatkan lagi..


Cinta..

Suatu dunia yang indah untuk diterokai..

Andai hadirnya ia bersama indahnya mimpi..

Terbang bersama membawa impian bahagia di dalam hati..



Wednesday, 26 October 2011

No Second Chance for First Impression



Kadang-kadang bila aku duduk sorang diri, aku termenung jauh.. Memikirkan tentang aku dan kehidupanku. Bila bermuhasabah diri, terasa seolah diri ini kecil sekali.. Teringat apa yang aku dah lakukan sepanjang melibatkan diri dalam bidang baru yang aku beranikan diri untuk ceburi.

Terasa sangat kecil diri ini jika dibandingkan dengan rakan-rakan seperjuangan dalam bidang ini. Ternyata aku telah pun bazirkan masa yang berlalu. Aku harus sedar dari awal bahawa perjuangan ini adalah persaingan. Aku sepatutnya memberikan terbaik untuk masa depanku sendiri.

Dan perkara paling penting yang harus aku akui dan sematkan dalam diri adalah..

1)Peluang tidak datang dua kali, harus rebut apa saja peluang yang ada depan mata..

2)Jangan takut untuk mencuba.. Yakin pada diri sendiri.

3)No Second Chance for First Impression..

Itu sangat menekan diri ini kerana telah pun terlepas peluang untuk membuktikan kemampuan diri .. Walaupun menyesal dengan apa yang telah aku lepaskan, tapi aku harus bangkit kembali untuk membuktikan aku jua mampu berdiri di hadapan seperti mereka..

Aku jua mampu berdiri dibarisan hadapan seperti mereka..!!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...