^_^

Wednesday, 31 August 2011

Percaya pada siapa??



Terkadang,

Hati ini terasa ingin meluah kata..

Tapi sukar untuk berbicara,

Lantaran tidak tahu pada siapa,

Untuk menjadi medan perantara,

Memberi ruang nafas agar hati merasa lega...


Terkadang,

Jiwa ini seakan meronta..

Pabila kata terluah tidak serupa dijiwa..

kerana hati seakan memaksa..

Untuk tidak membuka rahsia..


Terkadang,

Naluri ini mahu mencuba,..

Mempercayai seseorang diluar sana..

Membuka jalan pengubat duka..

Merias kembali hati yang tidak bermaya..

Dari terus hilangnya rasa percaya..


Terkadang..

Mempercayai itu menyukarkan..

Sangsi itu menyulitkan..

Berterus terang itu menyakitkan..

Menyembunyikan itu melelahkan..


Betapa tingginya darjat rasa percaya!..



Tuesday, 30 August 2011

Sudah Berlalu..


Dalam sekelip mata, tanpa kita sedari, bulan Ramadhan yang penuh berkat telah pun berlalu meninggalkan kita.. dalam tempoh itu, adakah ianya berlalu dengan penuh rasa insaf di dada ataupun sekadar berlalu begitu sahaja. Hanya kita sendiri yang mampu menjawabnya..

Hari ini, kedatangan Syawal harus disambut jua dengan penuh kegembiraan, sebagai simbolik kemenangan bagi yang benar-benar merasakannya. Tahniah buat mereka yang berjaya menyempurnakan ibadah puasa dengan jayanya.. Sambutlah syawal dengan seadanya.. Jangan terlalu ghairah dalam bergembira dan jangan pula lupa pada mereka yang telah tiada... Selamat berhari raya...


p/s : Jangan lupa ganti puasa yer..,,...^_^


Sunday, 28 August 2011

Susah curi masa..

Raya oh Raya~

Sikit hari lagi sudah mahu raya.. Yahoo… Tapi semakin dekat nak raya, semakin sibuk dan hampir tak sempat nak update blog.. Nak ziarah kwn2 blog apetah lagi.. huu..

Time ni la sibuk nak tukar aper yang patut.. Gantung langsir, tukar kusyen, buat kuih, kemas rumah, cat mengecat.. pendek kata, semua kerja lah.. dan tak lupa juga shopping last minit…. Uhuhu..

so, nak minta maaf pada kawan-kawan sebab tak sempat nak balas jejak pada yang sudi singgah ke belog ni.. Apa-apa pun, selamat hari raya, Maaf Zahir Batin yer semua…


p/s : Baju raya tak beli lagi ni… huaaa…

Gadis oh Gadis..

KULIM: “Ketika umat Islam lain bersiap sedia bersama sanak-saudara untuk menyambut Aidilfitri, keluarga kami pula dibelenggu kesedihan mengenangkan nasib anak perempuan yang lari kerana mengikuti teman lelaki warga Nepal ke negara asalnya,” kata Siti Fatimah Yassin, 45, dari Taman Kenangan, Sungai Karangan, dekat sini, apabila anak perempuannya, Noorshaheera Mohd Rasul, 21, keluar dari rumah dengan alasan mahu bertemu rakannya pada 22 Ogos lalu.

Bagaimanapun, wanita berkenaan tidak pulang ke rumah sehingga kini menyebabkan timbul kebimbangan di kalangan ahli keluarganya walaupun sudah puas mencarinya.


Siti Fatimah berkata, Noorshaheera keluar dari rumah kira-kira jam 1 tengah hari dengan membawa sebuah beg kecil dan sehelai pakaian kerana mahu berbuka puasa dan bermalam di rumah rakan perempuannya di Sungai Petani.

“Saya membenarkannya kerana dia ingin berbuka puasa dan mengambil kembali wang yang dipinjam rakannya itu, selain berjanji akan pulang semula kira-kira jam 11 malam pada keesokkan harinya bersama rakannya itu.


“Bagaimanapun, Noorshaheera tidak juga muncul pada masa dijanjikan lalu menghubungi rakannya, tetapi dia juga tidak mengetahui ke mana anak kami pergi sepanjang dua hari itu,” katanya selepas menerima kunjungan Ketua Pemuda Umno Bahagian Padang Serai, Asmaidi Abu Talib di rumahnya, di sini, semalam.


Siti Fatimah berkata, rakan anaknya itu kemudian memaklumkan Noorshaheera berpesan kepadanya supaya memberitahu ibunya mengenai sekeping nota yang disimpan di dalam laci almari biliknya.

Menurutnya, sebaik membaca nota itu, dia terkejut apabila anaknya meminta maaf kerana mengikut kekasihnya, lelaki warga Nepal berusia 20-an yang dikenali sejak setahun lalu ketika bekerja di sebuah kilang di Sungai Karangan.


“Kami berusaha mencarinya pada keesokkan harinya dan dimaklumkan rakan senegara lelaki itu, mereka merancang kembali ke negara berkenaan menyebabkan kami bergegas pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di Pulau Pinang.

“Berdasarkan maklumat, anak saya dan lelaki Nepal itu menaiki penerbangan dari Pulau Pinang sebelum transit di Bangkok dan menuju ke Kathmandu pada 23 Ogos lalu,” katanya.


-----------------------------------------------------------------------

~ Agaknya dah jadi trend sekarang, anak gadis Malaysia ikut lelaki luar.. sampai sanggup tinggalkan keluarga, buang sanak saudara.. Bahaya sungguh.. Bahana cinta yang mengikut emosi..

~ Moga kita semua dijauhi dari segala perkara yang tidak diingini seperti ini..



Saturday, 27 August 2011

Syawal di alam kampus


Salam syawal~

Harini sudah 27 Ramadhan.. Beerti sudah tidak lama lagi umat Islam akan merayakan hari kemenangan.. Pastinya perasaan gembira itu tidak terperi.. Terutama pada anak-anak perantau yang berkobar-kobar ingin pulang ke kampong halaman.. Aku juga pernah mengalami saat-saat itu dan aku akui, ia sungguh indah! Subhanallah, rasa itu tiada taranya..

Tika itu aku masih bergelar seorang pelajar.. Awal-awal lagi tiket raya sudah ku tempah.. Takut sangat kalau tak ada bas nak balik.. Takde sapa kat dunia ni yang tak sedih bila tak dapat bailk beraya.. huhu.. Itu aku yakin.. Kalau ada, itu bermakna ada sedikit yang tidak betul di situ…

Suasana bersahur dan berbuka puasa bersama rakan-rakan sebilik, rakan sekuliah, rakan sejabatan, rakan serumah, dan semua rakanlah sebenarnya sangat indah untuk dikenang.. Biarpun makan sahur yang ala kadar, makan berbuka seadanya, tapi nikmat itu tidak akan dapat diperoleh oleh semua insan. Hanya yang merasa saja mampu untuk menyelami perasaan ketika itu.

Kuih raya?.. tidak sah kalau tak beli.. Beg bagasi sudah penuh, tapi masih mahu beli kuih dan cuba juga sumbat mana yang muat.. Biarpun sekadar kuih biasa yang bagiku ia murah, namun buah tangan untuk dibawa pulang itu membawa pengertian yang sangat mendalam.. Tak seronok rasanya jika pulang dengan tangan kosong..

Kad raya?. Haha.. walaupun sudah di usia 20++ tapi kami di kampus masih mengamalkan amalan bertukar-tukar kad raya.. Indah sungguh rasa bila dapat kad raya masa tu.. Bangun tidur, sudah ada kad raya atas meja study.. tak pun ada dalam almari.. aku pulak suka bagi kad raya dengan menyelit bawah pintu bilik member, tak pun aku masukkan senyap-senyap dalam beg bagasi diorang.. Kiranya bila diorang bailk, baru akan perasanlah kad raya tu.. Bestnye lah rasa..

Terawikh?.. fuh.. di awal ramadhan memang rajin.. tak tinggal pun.. Tapi bila ada assignment yang kena submit, kuiz atau test, terpaksa tak pergi.. hahah.. Time terawikh ni lah boleh tengok macam-macam mazhab dalam bersolat dimasjid. Ini kerana kampus aku ramai sangat orang dari luar. Terutama somalia, china, yaman.. Memang ramai sangat.. Kadang kita jadi pelik tengok cara solat dan pemakaian solat mereka..

Paling syahdu bila tiba masa nak balik beraya.. Time tulah baru nak bermaafan sesama rakan.. Berpeluk sakan.. takut-takut tak jumpa lagi lepas raya.. hahhaa.. Bila dah berada dalam bas, perasaan tu jangan cakaplah.. sedih pun ada tinggalkan kampus.. dan juga rasa girang dan tidak sabar untuk menjejak kami ke halaman rumah.. haha… Seronoknya!

“Oooo. Balik kampong.. hati girang..”


----------------------------------------------------



Jiwang????... erk…

Ramai yang datang baca entry2 kat Biar Coretan Berbicara ni kebanyakkannya akan kata penulisnya jiwang.. Tapi jiwang ker aku?... Ya, aku akui, 65% hasil penulisan dalam belog ini adalah puisi.. dan hampir kesemuanya adalah bertemakan cinta dan kehidupan..

Tapi bukan kisah cinta aku ye… itu privasi.. haha.. Puisi tu adalah hasil dari pengalaman dari masa lampau dan juga orang-orang disekeliling… Tapi aku tak nafikan kadang-kala menulis dalam bentuk cerita atau puisi lebih mudah untuk melepaskan segala rasa hati..

Bagi aku ia tidak akan menyentuh mana-mana pihak dan bersifat umum.. dan aku boleh berkongsi rasa dengan mereka yang sudi membaca nukilan karya aku yang picisan ni.. huuhu.. Korang?... jiwang tak?.. aaa.. jangan x ngaku.. hahha..


Aku yang tidak Sempurna


p/s : kalau jiwang pun, tak salah kan?... tapi biarle bertempat.. hehehhe..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...