^_^

Thursday, 30 June 2011

Keliru dalam kembara hidup



Dalam keriuhan kiri dan kananku..

Aku masih keliru..

Arah mana dan kemana..

Hendak ku tujui..


Di mana harusku menggerakkan kakiku..

Yang masih lagi terpaku…

Dan tangan yang kaku..,

Masih lagi tergenggam erat memaut dahan lembayung,

Kemana harusku melabuhkan sauhku..

Menghentikan pelayaran hidup ini,

Bagi memasakkan tunjang masa depan..


Sedangkan kapalku masih tersekat,

Terlambung-lambung dek ombak samudera yang sesekali memecah hening..


Kemana pula harusku terbang berhijrah…,

Sedangkan sayapku belum benar sempurna,

Kemana lautnya yang harusku renangi lagi..

Sedangkan aku hanya si sepat parit..

Yang hanya mampu kehulu dan kehilir memagut lumut2 hijau..


Aku hanya insan yang lemah..

Bertambah lemahnya pabila kakiku terpaku kejap..

Dengan tangan erat terpaut dahan,

Kapal dilambung ombak ganas,

Punyai sayap tidak sempurna


Dan aku hanya..

Hanya si sepat parit,


Ku mohon padamu Tuhan…

Kuatkan diri ini..

Berpijak di bumi yang nyata…

>_<

Jom Reka Dialog...




Segmen yang tamat pada 10 mlm ni..... Reka dialog... Nak join?
Click sini okeh?,...

Hubby ~ Esok kita balik kg saya k…

Wife ~ What ??? No way.. asik2 hujung minggu dok melangok umah mak awak.. abis umah mak saya?

(mula bercakaran..)


Hubby : Ni yang nak marah ni.. u sedar tak u cakap apa ni?? Tlg sedar sikit yer.. Abis tu hari2 kita ni dok umah sapa? Tido umah sapa..?


Wife : e’eh… terlupa pulak… kita dok umah mak saya laaa…. Hehhehe… sory abang… meh kiss2 sikit..


(Sudah berbaik..)


Hubby : eee.. Nasib baik la u ni pandai pujuk balik…. merajuk kang baru tau……


Ok x Abg Ben??? Hehehe.... Layankan ajer..


^_^


Dalam mimpi ku terbayang wajahmu..


Rindu sampai termimpi..

(Tajuk entry yg poyo.. hehhe)

Semalam mimpi menangis..

Mimpi adham zaquan yang notty2…

Bangun tido terus anta mesej kat ibu adham..

Cakap rindu sangat kat dia sampai termimpi2..

Rupanya adham zaquan demam…

Huuh… sedihnya.. msti dia tak lalu makan…

Selalunya me yang tolong suap dia makan…

Hmm.. hari2 telefon pasti berbunyi… cakap dengan adham..

Walaupun butir bicara adham zaquan yang kadang2 x dapat difahami,

Tapi me buat2 faham jugaklah…

Macam2 dia mengadu.. cakap jatuhlah… balik kampong la… ball la.. tengok moon la…

Yelah.. budak umur 1 tahun 9 bulan..

Mana fluent sangat berbicara,,..

Walaupun hanya seketika berbual, tak sampai 5 minit pun,

Sekurang-kurangnya terubat la jugak rindu kat dia..

Adham zaquan…

Jgn notty2… yer..

Take Care,,

Luv U..

>_<

88 number bertuah???

88 is best number....

Saja nak wat entry khas untuk follower ke 88…

88 is my febret number…

Kebetulan me jugak adalah follower ke 88 dia…

Suratan atau kebetulan????? Heheh..

Tuan punya blog yang special itu adalah sehijau warna daun

Beliau... ececeh.. beliau tu.. hehe.. menggunakan tag word "aku punya suka, aku punya cerita, aku punya rasa..."

best tak?? best kan...

Free2, p la terjah blog dia.. hehe..

Wall yang penuh kehijauan mendamaikan hati pengunjung blognya… hehe…

Muda lg tuan tanah blog tersebut….

Sebaya ngan adik lelaki me yang bungsu. hehe… lahir tahun 90 n blajar kat Utem…

Harap2.. Berjaya la dpt 4.00 flat nnti yerk… hhee…

Gud luck to you pemilik blog sehijau warna daun.

^_^



Antara sayang dan Cinta.. Antara Mahu dan Perlu


Kadang-Kadang kita Tak Pernah Sedar


Kadang2 Kita takkan pernah tahu bahawa ada orang yang sentiasa ambil tahu pasal kita..

Dia intai kita dalam senyap..

Dia bukak wall Fb kita setiap hari untuk tengok post terbaru walaupun kita bukan jenis yang rajin post..

Dia tengok semua gambar kita dalam album..

Dia tengok semua tanpa tinggalkan sebarang jejak..

Dia baca setiap post dalam entry blog kita..

Hanya sekadar baca tanpa sebarang reaksi…

Dia dengar setiap masalah kita… walaupun masalah tu tentang kita dan kekasih kita..

Dia siap cadangkan lagi jalan penyelesaian yang membina..

Walaupun kadang2 hatinya terluka…

Dia ambil berat..

Dia ambil tahu..

Dia cuba beritahu.. bahawa dia sayang kita…

Tapi kita tak pernah sedar…

Kita tak pernah ambil tahu..

Kadang2 dia cuba cerita masalah dia..

Tapi kita macam dengar tak dengar n tambah pulak dengan masalah kita yang tak pernah selesai..

Dia cuba tolong kita dalam apa cara sekalipun..

Tapi kita anggap itu perkara biasa dan kadang2 terlupa ucapkan terima kasih…

Sampai lah suatu hari dia tak ada bersama kita..

Dia menyepi seketika ..

Dan kita mula terasa ketiadaannya…

Kita sunyi tanpa dia…

Kita rasa ada yang kurang dalam hidup tanpa gelak dan tawa bersamanya…

Itulah sebenarnya cinta…

Kadangkala sukar membezakan antara sayang dan cinta..

Antara kekasih dan sahabat..

Antara mahu dan perlu…

Kadang2 kita tak pernah sedar..

>_<

Wednesday, 29 June 2011

Selamat Tinggal Cinta..



Kau yang Bernama Cinta...


Terima kasih buatmu..

Kerna pernah membuat hati ini kembali berbunga,

Biarpun seketika....

Membahagiakan biarpun sedetik cuma...,


Tak terlafaz dengan kata-kata,

Saat kau muncul membawa harapan baru dengan tiba-tiba...


Mungkin ada benarnya,

Kata-kata yang pernah ku dengari dulu,

Cinta yang mudah datang, mudah jua pergi....

Bagimu mungkin... bagiku... tidak sama sekali....



Mungkin silapku....

Ku akui... kejujuran yang disalah erti...

Perlahan-lahan kesangsian mula menjengah hati ini,

Memaksa aku melakukan sesuatu,,,

Dan ia ku dapati seakan-akan kutemui jawapannya...



oh Tuhan...

Jawapan inikah yang aku inginkan dari sebuah perhubungan?...

mungkin YA!...



Tanpa penjelasan ku tinggalkan dia...

Membiarkan hati ini pulih sendiri...

Kamu...

Pergilah bersama dia yang kamu dambakan...

Aku hanya sandaran...

Usah lagi dicari hati ini... usah..



Aku bukan yang terbaik buatmu...

Biarkan aku sendiri....

hati ini terlalu rapuh...

Biarkan ia terus begini buat selamanya....


Terbaik buatmu, Terbaik jua buatku....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...