^_^

Tuesday, 31 May 2011

SaTU Tika Dulu,,, ~RM~



Meh sama-sama read.. ~

Hai2.. thank to those yang rajin bukak & Baca my blog Entry.. hehhe... me sekadar berkongsi bicara hati dan rasa.. kali ni nak cita pasal niaga.. haha... teringat time memula blaja kat utara dulu, dok blaja wat business sendiri., orang sebuk niaga, me pun sesebuk nak niaga.. maklumlah,. life as student, dah tentu2 duit manjang je tak cukup. begantung lat loan PTPTN jer laaa... Lainlah sapa-sapa yang kaya raya and segalanya di sponsore oleh parents.. Iam not so lucky... but, no regret.. lagi susah kita berjuang untuk mengubah hidup, lebih besar nikmatnya pabila segalanya terbalas.... Insyaallah..

eEh, bukan itu yang me nak story mory sebenarnya,, heeheheh...tulah, bila dah jemari ni dah mula menari atas keyboard, segalanya nak ditulisnya.... haha.. U all pernah buat bisnes (yang student laa) hehe,, Masa me semester 2 dulu, me join my brother buat busines.. ( bukan join pun tapi saja sibuk2).. hhe... Nak tau apa dia? ia adalah.. ONE DROP PERFUME... heh... wangi tau,, guna sikit jek, tapi baunya kuat.. me akuilah, dalam sekotak (time tu kotak besar ada 8 botol) bukan semuanya yang me suka... ada sebotol dua yg baunya cam minyak attar.. tapi the rest is very wangi.... sirius.. antara my febret is apple blossom kat kotak kaler Hijau, Jadore kat kotak kaler ungu, n mcm2 laa.. haha..


Antara ODP yang me Promote time tu...


Masa mula2 niaga tu, me promote kat kengkawan.. biasalah,,. kalau bebenda camni ,orang paling dekat ngan kita yg jadi mangsa.. haha... promote punya promote, me berjaya dapatkan jualan 1 kotak, to pun kawan bilik sendiri,, hhha,,, mungkin dia tlg support me,, haa.. tq yerk my lovely roomate... lap u lah,,. hee,,


Kotak petama yang terjual... Best!!!


Pastu me mula susun strategi (chewahhh) business, tampal brosure kat pintu masuk semua blok Kolej, kolej jiran-jiran, kat Library, kat notice board, Mall , dewan kuliah and sebagainya.,.. n yang tolong teman, off coure my roomate n my bestprend. hahah.. cian dorang.. tapi biasalah, tampal tanpa permission, so my iklan kena koyak n dibuanng.. haha.. seday sangat rasa hati,, adat la tuh,,, bukan semua orang suka tengok kita senang.. hehee,, 2,3 hari pastu ada lah yg sms nak tgok sample,,, memg sronok la time to,,, yang sms nak berkenalan pun ada,,, memang hampeh la.. me just layan serius buyer jerk,,, . haha.. ada la 5,6 kotak yg terjual... kalau nak tau, harga time to is RM 40-45 SEKOTAK,, Agak mahal kan?? haha...


Ni Brosure yg me dok kelek ke hulur dan ke hilir.. p tepek sana-sini,,, heehe


Tapi a month lepas tu, me dah stop jual sebab kat Mall and kedai-kedai kecil kat mall dah pun jual dalam kuantiti kecil... maksudnya customer boleh pilih botol mana yang diorang nak dengan harga RM6-7 sebotol... Lagi best camtuh... hehh... pe2 pun berniaga ni memang seronok giler kalu kita tol-tol minat and paling syok kalu dapat respon yang Baguzzzzz,,, Memang Masyukkkk,,,,.. nanti me Story lagi kisah-kisah me niaga kat kolej dulu... Hahaha,,,

Monday, 30 May 2011

Time 2gether - Layan Karak... =)



~Outing with my mum n sis~


Hello2.. today rasa best dpt window shopping with my beloved mum n sis… Kitorang x g jauh mana pun, just ronda2 ‘pekan’ seblah rumah.. hahah.., Nak tau wat per?? Layan MUvie… Heee… Time nak beli Tiket, konflik lak, coz me nak teNgok cita NurKaseh…. My Mum nak Tengok Karak.. N my Sis lak nak tgoK Pirate-Johny Deep to… hhu.. last2, Karak gak menang… waaaa… So, tepaksa lah ikot jer.. by the way, my sis yang belanja,, so x boley la demand lebay2… Time nak Bayar, terlupa lak nak bawak student Card.. Kad Matrik Tertinggal kat Purse lain.. HHu… Bukannya kedekut, Tapi kalu boley berjimat, lagi nak jimatkan..??? hahhaa.. at least Boley Kurang harga… Student kan special.. hahaha. ,



Tiket wayang yg akan me simpan wat kenangan.....


Time tengok KArak tuh, memang ada part yg seram gaklah… Agak lawak sebab me ternampak ada satu gurl to tutup mata ngan tangan… hahhhahhahah… gelak gak lah… heheh.. tpi, ok lah, even takot, tapi berani gak dia tengok … layankan jerk…. Hahaha.. Malas nak ulas pasal cita Karak ni… pe2 pun p lah tengok sendiri.. hehehe.. agak seday kot citernyer….


N Kesimpulannya… Silalah hafalkan AYAT KURSI.. SEKALI NGAN MAKSUDNYA… huhuhu… Berapa ramai antara kita yang tau maksudnya???? Me kompom x ramai.. tah2 baca pun tersekat2… huhu.. bukan apa, ayat kursi ni kan pendinding diri… hmmm.. memang ada pengajaran lah cita nih… insaf kejap… .


Pas bis Muvie, g round2… hajat nak bli dompet.. eh silap.. uncang.. nak bli yg comel2 jerk, senang masuk poket.. pilih punya pilih, dekat setengah jam kot.. konflik berlaku lagi, me nak bli yg kaler pink. tapi kena bantai gelak lak ngan my sis. Adui.. tebantot.. terus amik kaler ceklet yg so sempoi n simple… ok lah tu.. huhuu… naper ngan pink tuh?? X cantik ker??? Or dah x sesuai ngan umur?? kkakakkkakakakkkk.. mungkin me masih dalam konflik peralihan remaja ke dewasa kot.. hahhha… ntah la.. masih merasakan diri ini cam kekanak ribena lagi… huhuhuh… ceday.. balik rumah pun teringat2 lagi uncang kulit baldu merah jambu ada design flower tu…



ni lah pusaka uncang n dompet old fesyen kecayanganku.. hadiah dari sumbody.. pakai sampai lunyai... x reti nak tukar pakai la.. huhuu. dah rosak, baru tukau baru... me kan loyal.. hheheh,.


huhuhuu.. n pastu g singgah beli novel laks…. N of course…. Nukilan RAM yang menjadi pilihan… hahaha.. the title is…SUTERA BIDADARI. Sesapa yg ikuti pekembangan novel ni, sila lah dapatkannya sebab ni sambungan daripada cerita CINTA SUFI…


oh Laksamana Sunan.. I LOVE U…. wahhaahha.. kalau lah ada insan sepertinya… bahagia sungguh andai dapat ku milikinya… kikikki..


Penat meronda, cari pot makan lak… Hajat d hati nak layan Laksa Shack. Coz I really luv to eat Laksa… tapi ada bantahan la pulak….. last2 makan kat foodcourt jer…. Kui2… kat food court, me tetap order laksa… huhuhu… x sedappppp….. wawaawa…. X abis makan pun… pastu tukar menu ngan my sis.. me amik dia punya sizzling, n dia mkn my laksa… dia pun x abis… n my mum lak tlg abiskan… hahhaha… kan x membazir tuh….. betul x?? d samping tuh leh eratkan silaturrahim bila kita kongsi makan nih… x caya??? Cayer lah….




Ni lah Laksanya.. sedap.. tapi syg, ia x sedap d tekak me..


After berpenat lelah pusing2 ‘pekan’, we all pun cabut balik….. hari yang best!!!, thanks to my sis and also my mum... i lappp u... :)

(^_^)





RinDu Kamu..


~Biar Rasa Rindu itu Terluah~

2,3 hari ni asik teringat2 jerk nak p melawat seseorang.. tapi asik tergendala..

n seblum tido malam tadi aku dah plan awal-awal nak gerak pepagi lawat beliau..

so, wake up this mowning,bangun terkejut..

terkejut sebab mimpi dah pun sampai kat tempat yang nak dituju..

Ya Tuhan… betapa terlalu kuat keinginan mahu melawat sampaikan dah termimpi sampai dah pun kat sana… aduhai..

Rindu yang tak tergambar…

S0, aku pun cecepat siapkan sebotol air, beberapa kuntum bunga dan juga…..

sebuah kitab Yassin… hmm..

sampai jerk kat sana, rasa macam sedih dan sayu….

Cecepatt g kat Beliau d tempatkan… duduk berteleku.. memanjat rasa syukur kerna aku masih d beri kesempatan melawat beliau d sana..

selesai bermunajat… memohon pada tuhan supaya beliau sentiasa tenang dan aman, ku tittipkan kuntuman bunga segar padanya…

Berharap agar bunga-bunga itu turut berzikir mendoakan kesejahteraan beliau..

dan ku rembeskan sesegar air yang kubawakan…

Sesungguhnya, aku teramat rindu dan rindu dan rindu yang tidak terungkap dengan kata2…

Lahir satu rasa insaf dalam hati..

betapa kita jua akan pergi..

meninggalkan alam yang fana ini…

Al-Fatihah buatmu ayahandaku sayang…

ku DOAkan agar kau bersama kekasih-Nya di sana…

Sunday, 29 May 2011

Bingkisan luka cinta


NUKILAN HATI...

~Bingkisan luka Cinta Amirul-Alia~


---------------------------------------------------------------------

Harini mak tak pergi mana-mana. Heran juga aku tengok, selalunya hari sabtu macam ni pagi-pagi lagi mak dah pergi pasar ...

“Minum cepat, nanti da sejuk tak sedap airnya tu.. ,” kata mak sambil membelek2 buku sekolah anak muridnya. Aku hanya mengangguk.

“Mie, macammana dengan Hanisah tu”

erk... aku rasa cam seketul batu besar di baling kat kepala dengan persoalan dari mak..Aku buat-buat menaip keyboard lappy kesayanganku. Tapi dalam hati, tuhan je yang tau camner aku rasa bila mak mula bukak cerita tu lagi..

“ntah le mak.. Mie pun tak tau..” padahal aku tau dah apa maksud sebenar mak.. mak suruh aku setuju dengan perancangan semalam... yes.. tu dia.. hmm.. aku mula mengeluh dalam hati.. ya tuhan.. Betapa beratnya dugaan yang harus ku terima.. Perlukah aku menurut kata mak sedangkan hati ini membantah sekeras-kerasnya apa yang mak utarakan. Perlukah aku berkorban untuk kebahagiaan orang lain sedangkan hati dan kehidupan sendiri terkorban..

“Dia budak baik. Kita dah kenal lama dia tu.. Mie pun dah mesra dengan dia kan.?”

“Nantilah mak.. Mie ni baru jek nak merasa duit sendiri.. hidup pun dah tak serupa orang, sibuk dengan kertas-kertas keja ni.. “

“Iyelah... kerja-kerja juga, tapi apasalahnya kalau Mie ikut cadangan Mak dan ayah,”


-------------------------------------------------------------------------------

Sawah yang terbentang luas menjadi satu medan pelepas keluhan. Amirul tenang tatkala mencuci mata melihat panorama alam yang menghijau terbentang luas. Dia bangga menjadi anak kampung. Kampung yang menjadi kebanggaan hatinya.

Jauh di sudut hati, terselit satu rasa yang amat pahit untuk ditelan, tetapi tidak mampu terluah. Alia... Itu adalah Alia. Aku Rindu padamu Alia. Bagaimana harus aku membuat keputusan tanpa menggores mana-mana perasaan. Aku sayangkan Alia tapi aku tidak sanggup menghampakan mak ayah.


-----------------------------------------------------------------------------------

“Mak sayang sangat dengan Hanisah tu Mie. Mak nak sangat dia jadi sebahagian dari keluarga kita.”

“Kenapa Mie, kenapa tak abang ?” Amirul cuba mendapatkan kepastian, sesungguhnya dia tidak pernah menyangka adik angkatnya itu mahu dijadikan menantu dalam keluarganya.

“Amirul, awak pun tau abang awak tu macam mana. Dia tak macam awak. Selalu saja membantah, asal kita cakap, ada saja nak dilawannya. ..”

“Mak,......” tersekat kata-kata dikerongkong. Amirul mahu mengatakan sesuatu, tapi tidak terluah.

“hmm.. Mak tau abang kamu tu sudah ada teman... sudah tentu-tentu dia tak akan setuju.. Lagipun, mak tengok, cocok benar Hanisah dengan kamu” Kata mak lagi..

“Erk...” Mati lagi di situ.. Berat sungguh Amirul untuk menyatakan bahawa dia juga sudah ada pilihan hatinya sendiri. Walaupun gadis itu tidak bertudung labuh seperti Hanisah , tidak secantik dan semungil Hanisah, tapi dia sangat istimewa.. Alia... Nur Alia khadeeja. Wajah itu semakin sayup dari pandangan.

Aduhai ayah bunda, hanya kerana aku ini anak yang taat, maka haruskah aku turuti semua kemahuan kamu..????. Tuhanku, bantulah hambamu ini yang lemah lagi tidak berdaya.


-----------------------------------------------------------------------------------

“Assalamualaikum, abang apa khabar.. , lama abang senyap jerk.. seminggu dah kot, syg rindu sangat” Alia meluah kata di corong telefon. Hanya itu termampu dilakukan kerana perbezaan jarak dan tempat yang memisahkan perhubungan mereka.

“Abang sibuk.. sorry yer, rindu jugak kat syg.., “ satu keluhan berat dilepaskan.., Amirul terdiam seketika.

“Nape ni abang, ada masalah ke..” Tanya Alia seolah-olah dapat membaca reaksi Amirul ketika itu

“Taklah, abang ok jer.., sayang, nanti malam abang call yerk, ada keja nak buat “

“Em Okey, sayang pun sibuk ni, nak siapkan bunga telur ngan pelamin akak.. sayang jadi pengapit tau nanti.. kalulah abang boleh datang.. kan best.. ehehe, leh kita amik berkat kawin akak.. okeylah malam nanti call tau, ok.. assalamualaikum abang, rindu abang.. “ kata Alia dengan perasaan yang berbunga dan ceria.

Aduhai Aliaku sayang... Maafkan aku..


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Sayang buat apa...? “ Amirul memulakan perbualan di corong telefon malam itu.

“Tadi iron baju.. esokkan akak nikah.. sayang tak sabar tau.. nanti sayang kirim gambar kat abang..” ujar Alia penuh semangat.

“Aliaa..”

Tut......... talian telefon mati..

Alia kehairanan., tak pelah, kejap lagi mesti abang call balik... ujar Alia dalam hati, dia menyambung kembali tugas dan persiapan akhirnya sebelum akad nikah kakaknya esok.

Tut..tut... Alia segera membaca mesej yang baru diterima..

~Alia, kita dah tak boleh bersama.. maafkan abang...~

Alia terkejut, jatuh bunga telur yang dipegangnya... Segera pula dia mendail kembali.

“Helo, abang...... kenapa abang buat macam ni.... kenapa abang.... tiba-tiba je, “ Nafasnya turun naik... kalau boleh tatkala itu dia mahu terbang bersemuka dengan kekasih hatinya.

“maafkan abang Alia... abang bakal di tunangkan... pilihan keluarga... maafkan abang..” tersekat-sekat suara Amirul meluah kata..

Alia jatuh terduduk tatkala mendengar perkhabaran itu, sungguh, hatinya pecah berderai pabila kekasih yang dipuja-puja bakal jadi milik orang lain.

“habis tu, syg macammana... syyg macammana abang????... kenapa abang tak tolak, abangkan lelaki.. jangan buat syg macam ni abang... tlg...” Rayu Alia.. Alirmata sudah tidak boleh di tahan-tahan lagi...

“Alia, abang terpaksa.. terimalah hakikat kita tak ada jodoh bersama.... mereka sangat berharap pada abang...”

“Siapa dia ??????” desak Alia dalam tangiasan yang semakin menjadi-jadi..

“Namanya Hanisah... anak angkat mak ayah... maafkan abang Alia... abang juga terluka..” Amirul juga tanpa segan turut mengalirkan airmata... melukakan hati orang yang dicintai demi keluarga yang disayangi..

“sampai hati abang..... sampai hati...”

Tuttt...............

Maafkan aku Nur Aliaa Khadeeja...

Tuhanku, bersalahkah aku .....?? Temukanlah damai dihati Alia dan segerakanlah sembuh luka dihatinya..... Amir tunduk mengusap kedua-dua pipi yang basah.


~ (>_<)~

---------------------------------------------------------------------


Cinta dan airmata tidak dapat dipisahkan..

Banyak pengorbanan yang harus dilakukan demi menjaga hati-hati insan yang disayangi..

Bijaklah mengatur keputusan agar segalanya baik-baik saja.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...