^_^

Thursday, 8 December 2011

Temukan aku dengan cahaya redha - Mu





Denai ini terusik lagi..

Menguis tangkai kelembutan hati,

Tercarik akibat kelemahan diri..

Lantas ingin aku segera berlari..


Bila mana pelarian itu berlabuh..

Keselesaan hanya persinggahan cuma,

Tiba masa, masa bahagia akan terhenti seketika,

Dan saat itu aku kan berlari lagi..


Lalu sampai bila pelarian ini?

Adakah hingga nafasku terhenti?

Atau hingga pelangi bahagia itu kutemui?

Aku akan terus berlari dan berlari mencari destinasi..


Tuhan,

Dalam doa kudusku..

Temukan aku damai dihati ini..

Tetapkan pendirian ini dengan satu janji yang pasti..

Sesungguhnya aku insan yang lelah dalam pelarian ini..


Temukan aku dengan cahaya yang Engkau redhai…



13 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

chEntA said...

cntik gmbr tuu..=)

Lia Irdelia said...

chenta~

erk..
itu pinjam en google jerk..
hehehhee..

iMBobo said...

jalan yg panjang, berdoa lah semoga sentiasa berada dilandasan yg betul.. :)

Lia Irdelia said...

imBobo~
yup..
doa yang memimpin arah tuju..

tq ya... :)

Cikgu Tie said...

Bicara puisi yang cukup indah untuk hayati. Suka pada N3 awak yang lain-lain jugak.

Yatie Awang said...

Amin...menuju kedestinasi yang pasti

Aishah Jahirah(cik aisha) said...

semoga bertemu cahaya yg diredhai...:)

Mohamadazhan.com said...

berusaha jua utk mencari cahaya Ilahi, insyaAllah akan ditemui =)

Anak Wak Mail said...

suka!

berlari selagi kita belum temui apa yang kita nak cari,,tp kalau dah penat,,berjalanlah..;)

Ana Farhana said...

nice ^^

Lea Isnawi said...

harap jalan yg kita pilih sentiasa tepat kan

Pesona Algebra said...

Aminn

M Fizan said...

sob2..doa saya juga sama.. moga pelarian ini berakhir dengan bahagia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...