^_^

Friday, 30 December 2011

Perasaan hati seorang ibu



Dia seorang ibu,

Yang dihatinya penuh sejuta rindu…

Sentiasa kesunyian dalam kesamaran waktu,

Memikirkan permata hati yang sentiasa dalam pelukan kalbu .


Dia seorang ibu penyayang,

Berpenat lelah malam dan siang,

Sanggup bersusah payah membanting tulang,

Hatinya terasa lapang andai si anak cemerlang.


Dia seorang ibu tua,

Keseorangan dalam meniti usia,

Punyai anak yang jauh dari mata,

Namun tak henti berdoa buat kesejahteraan anak tercinta.


Dia seorang ibu yang setia,

Tidak pernah mengharap wang yang berjuta,

Bukan juga meminta balasan pengorbanannya,

Tapi biarlah si anak sudi menjaga dihari tuanya.

Sesungguhnya pengorbanan seorang ibu tiada taranya,,.


Mak, orang sayang mak..

Sayang sangat-sangat..



11 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

aimie amalina said...

mak!
orang syg omak jugakkk!
(pinjam ayat..kikiki)

Lia Irdelia said...

@mimie~
hehhee,
jum sayang menyayang.. :)

JR said...

Ibu dan ayah tiada galang ganti, ia tak dijual di supermarket mau pun hyper market...

Lia Irdelia said...

@JR~
sangat tepat!
tq.. =)

Di Meja Laptop said...

sayangilah ibu sebelum ianya pergi jika tidak anda menyesal selamaya seperti saya.Makk maafkan anakmu ini.

Yatie Awang said...

ibu kaulah ratu hatiku....

sayang mak..rindu kat arwah mak....al-fatihah

Azam??? Soalan basi???

Ujie said...

yg paling diharapkan adalah perhatian dari kita anak2nya..kalau tak dpt jumpa slalu, call kejap pun ok.

*mcm entry hari ibu pulak..

Bulan Syurga Firdausi said...

mak...Allah...redha Allah dtg dr redha mak....

Zahirah Dzulkifli said...

saya pun sayang mak saya :')

Pondok Usang said...

insan yg paling disayangi di dunia..

selamat tahun baru dik.. =)

Syazwana Mohd Zulkifeli said...

hoho..tetiba rasa rindu kt ma ble bce post ni..
sayu2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...