^_^

Friday, 2 December 2011

Kerana harumnya cinta



Kerana kasih ,

Mekarnya sedang elok di dalam hati..

Mewangi seluruh pelusuk diri.

Tak tergambar indahnya kamar sanubari..


Kerana sayang,

Suburnya tersemai dibatasan hati,

Bersama bebenih rindu yang mula bercambah lagi..

Membuatkan takhta kayangan hati tambah berseri..


Kerana cinta,

Yang tiada terbatas ,

Menentang lautan samudera yang ganas..

Sanggup jua diredah andai semuanya dengan ikhlas..


Indahnya dunia ini dirasakan jika,

Kasih , sayang dan cinta itu,

Berteraskan satu landasan iman,

Yang membentengi kemungkaran..


Dan dipayungi rahmat Tuhan..



6 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

whitecappuccino said...

kerana cinta..indah segalanya.

Yatie Awang said...

akak suka rangkap terakhir tu

Sekamar Rindu said...

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

KizZ said...

BEST sajak ni..terbaik..

yana-feehily said...

cinta ilahi, cinta yg kekal abadi.. ^^

Anak Wak Mail said...

cinta dan iman,,kena bersatu..;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...