^_^

Monday, 5 December 2011

Kenangan sepanjang ingatan





Masa kecik-kecik..

Aku pergi sekolah..

Abah hantar naik kapcai..

Kami 3 beradik yang masih bersekolah rendah,

Sama sekolah dan sama sessi,

Jadi abah terpaksa bawak motor ulang alik ambik kami bertiga..

Kesian abah..


Bila aku dah sekolah menengah,

Aku masuk sekolah asrama,

Menangis siang malam rindukan mak abah..

Asyik tanya hujung miggu datang jengok tak?

Akhirnya, dalam hujan, mak abah datang juga naik motor..

Mereka kebasahan dan kesejukan,,

Kesian mak abah..


Habis sekolah menengah,

Aku masuk alam kampus,

Pantang hujung minggu,

Mesti aku cabut balik rumah..

Dan kemudian abah jugak yang tolong hantar balik semula rumah sewa..

Terima kasih abah..


Bila habis diploma,

Time graduasi, aku sedih sebab abah tak dapat datang sekali..

Sebab ada jadual dengan doktor..

Tak apalah,,

Mak , kakak dan abang ada pun dah memadai..

Kupanjat syukur pada Illahi..

Ballik rumah, aku sarung jubah konvo pada abah,

Tapi sayang, gambar tu aku terdelete dari memory..

Kesalnya aku..


Aku sambung degree..

Dah duduk jauh dari rumah,

Aku tak boleh balik selalu..

Jadi hanya telefon sebagai pengubat rindu..

Masa tu abah dah mula sakit-sakit,,

Tapi bila ditanya, abah akan sentiasa jawab, abah ok.

Tapi aku tau,

Abah memang macam tu,

depan anak-anak akan selalu buat2 sihat..

hakikatnya?


Bila aku habis degree,

Time graduasi..

Biarpun gembira sebab dah habis belajar,

Aku menangis dalam hati..

Abah tetap tiada menemani..

Abah dah pergi jauh..

Tinggalkan aku..

Aku redha..

Aku masih punya mak yang ku kasihi..

Dan keluarga tersayang disisi..


Hari ini..

Sungguh aku rasa sepi..

Rindu yang keterlaluan..

Menangis aku seorang diri..

Di tanggal disember pemergianmu dari sisi ini..

Semoga kita bertemu di alam mimpi..

Dan akan tetap bertemu jua nanti..


Salam sayang~


7 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

budakijaupendek said...

cerita benar ke ?

Lia Irdelia said...

ye fara syg...
=)

yana-feehily said...

terharunya..sgt menyentuh perasaan.. T___T alfatihah

Aishah Jahirah(cik aisha) said...

kita doakan yg terbaik utk dia di sana dan cuba hidup sebaik mungkin....dia pasti tenang disana,suatu hari nanti kita pun akn menyusul juga...

Lea Isnawi said...

sedihnya.

al fatihah utk ayah lia

Anak Wak Mail said...

sedih.doakan yang terbaik buat dia..;)

Miss Nadya said...

Sedekahkan Al-Fatihah jika kita merindui beliau yer..

p/s :: thanks syg..tips dari nad tu tips biasa je..

http://miss-nadya.blogspot.com/2011/12/gatal-dan-manja.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...