^_^

Tuesday, 6 December 2011

Kalau aku cerita, korang mesti tak percaya..

sedapnya nampak strawberi kat atas ni kan. eh, tapi bukan nak cerita pasal strawberi.. hehehe.. iklan je semata-mata..


entry personal~

Aku dah tiga hari makan malam dengan bubur yang aku masak tiga hari lepas. Percaya tak?.. hhaha… kalau la mak tau, huhuu… bubur setengah pot untuk dimakan 3 malam.. Kedengaran macam sedih, heheh.. hakikatnya, aku ok je.. Sebab bubur nasi memang one of my febret.


Inilah hasilnya... sempoi saja..


Meh aku share sikit apa ramuan dalam bubur tu…

~

1)sebiji bawang putih yang ditumbuk hancur,

2)segenggam ikan bilis goreng yang ditumbuk halus,

3)sedikit hirisan halia,

4) 2 biji cili padi yang dibelah tengah,

5) 5 ketul nugget ayam yang dipotong dadu,

6) setengah biji kentang di potong dadu,

7)sedikit garam..



dan ini dinner untuk malam ni.. hahaha..


Yang penting masak bubur tu dengan api slow dan air yang penuh 1 periuk.. (periuk kecil je laa. ) hasilnya, akan jadi macam bubur lambuk yang lemak berkrim.. kalau nak tau, bubur ini aku masak kira-kira 4 jam di atas dapur. Lama tak?.. pada peminat bubur, silalah cuba..




3 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Lea Isnawi said...

elok ke simpan sampai 3 hari?

gila ah

hehe

Lia Irdelia said...

memang giler..
hahaha..

keluar masuk peti la jawabnya..

perut sensitif, jgn cuba.. heheh

Pesona Algebra said...

hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...