^_^

Saturday, 24 December 2011

Jum bayar hutang PTPTN!



Baru-baru ini aku ada dapat surat cinta dari pihak PTPTN, faham-faham sajalah, bila dah pinjam duit orang ni, kenalah bayar balik, Tapi, aku terkejut jugak tengok baki dalam penyata yang diberi.

Memang dalam surat kontrak pinjaman 4 tahun lepas, pinjaman seperti dalam kontrak adalah berjumlah RM26,000. Banyak tu!... tapi itu untuk pengajian selama 8 semester. Oleh sebab aku buat short course dan hanya pinjam untuk 6 semester, sepatutnya jumlah adalah berkurangan.

Rupanya itu adalah salinan kontrak yang aku sign 4 tahun lalu. Oleh kerana sibuk dengan kerja, aku terlupa pasal surat cinta ini. Dan semalam, aku dapat mesej dari PTPTN menyatakan permohonan untuk penukaran kos pentadbiran 3% kepada 1% (ujrah) telah berjaya then suruh check baki terbaru dekat laman web dia.

Oleh kerana aku belum lagi pernah melakukan pembayaran, (baru ja graduasi Okt 2011) maka agak pening kepala juga baca penyata tu.

So, korang dah check belum baki terbaru?.. Siapa-siapa yang tak pernah bayar lagi tu, dan mampu untuk membayar, janganlah buat-buat lupa pula ok. Bayarlah, biarpun sedikit, tapi secara berterusan. Ingat, kita dulu susah payah nak mintak pinjaman untuk sambung belajar, bila dah kerja tetap tu, sila-silalah bayar.. Fikir-fikirkan ok?.. untuk mengetahui cara semakan baki, sila klik belog ini..


10 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

echaRierie said...

Alhamdulillah..ujrah leya dh setel..
btw, bersama2la kita membayar hutang ptptn ini..haha :)

Lia Irdelia said...

@echa~
hahhaa,
alhamdulillah..
lega jugaklah..
tapi.. my debt so banyak..
hahah.

by the way,the link is Yours..
TQ ok.. :)

Gadis Pantai Timur said...

nak dekat2 habis belajar ni..nervous jugak pkir nak bayar ptptn camne,,

http://sweetgurlz11.blogspot.com/2011/12/irfan-khairi-jar-peranan-facebook-dalam.html

aimie amalina said...

haaaaa
bayar jgn x bayar..hehehe

pelan2 la ye :)

Lia Irdelia said...

@gadis pantai timur~
haha,
dah kena fikir2 pasal kerja dah tu,,
nway, tq!

@mimie~
hahahaa,
pastinya kamu ini ditaja Mara@Jpa kan?

untunglaaa.. :)

Aishah Jahirah(cik aisha) said...

kalau nak cepat habis bayar kena constant.mcm kawan akak tu tiap2 bulan bayar 500 utk loan dip,500 utk degree.baru nmpk loan tu surut.banding org mcm akak baya bila ada duit lebih aje, xnmpk surut pun loannya.ujrah kalau lewat bayar kena denda sikitkan...
p/s:ada duit lbh bayar aje,hutang tetap hutang.

Lia Irdelia said...

@Kah Aisha~
erk.. hebat la kwn akak tu.. RM1,000 utk PTPTN saja sebulan..
huhu..
saya belum mampu lagi..
heeeee.

Miss Nadya said...

dah pinjam sedap...nk bayar mesti liat..ngee...:)

Yatie Awang said...

betul tu hutan kenalah bayar...nak2 yang dah dapat kerja jangan nak sibuk kumpul duit nak beli barang2 mahal hehehhe
Tiga hari dalam hidup

Lia Irdelia said...

@nadya~
hahahha,
itulah yg biasa terjadi.. :)

@k.Yatie~
huhuh..
halamak..
tersedak plak dgr akak ckp camtuh..
hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...