^_^

Friday, 16 December 2011

Hebatnya penangan 'TERIMA KASIH'




Jika seseorang memberikan kamu sesuatu,

Walau sekecil manapun nilainya,

ucapkanlah terima kasih

Kerana dia telah berusaha menggembirakan hatimu..



Jika seseorang membantumu dalam apa jua bentuk pertolongan,

ucapkanlah terima kasih..

Kerana usahanya mengurangkan bebanmu..



Jika seseorang itu menerima idea dan pendapat kamu,

ucapkanlah terima kasih..

Kerana itu tandanya dia menghargai kamu dan ideamu..



Jika seseorang itu menerima cintamu,

ucapkanlah terima kasih..

Kerana dengan ikhlasnya dia menerima dan menghargai sayangmu..



Ucapkanlah terima kasih,

Dalam setiap keadaan yang memerlukan ia diucapkan…



Kerana,

Ucapan keramat itu,

Bisa menguntumkan senyuman,

Mampu membahagiakan..

Dan tidak mustahil bisa mengubat kelukaan



Ucapkanlah terima kasih dengan penuh ikhlas di hati


~Terima kasih untuk segala-galanya~



7 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

AININ SURAYA said...

awesome =) terima kasih

Ujie said...

betul..jgn berat mulut utk ucapkannya.

Yatie Awang said...

terima kasih Lia...

Aishah Jahirah(cik aisha) said...

terima kasih-kadang2 ada yg berat mulut nak ucapkan.

Fay said...

thanks for sharing =)

aimie amalina said...

ohhhhh
sgt suwittt
terima kasih geng eskem sebb entri ini ye! :)

Anak Wak Mail said...

terima kasih!arigatou!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...