^_^

Thursday, 29 December 2011

Hati kita lain-lain



Rambut sama hitam,

Mata sama coklat,

Kulit sama kuning,

Darah sama merah,

Tapi kenapa hati kita lain-lain?


Bila kita senang sikit,

Ada saja yang menjeling,

Depan kita senyum-senyum,

Belakang kita dia tikam sampai terbenam.


Ada jenis orang baik,

Baik depan-depan,

Cakap tak bantah,

Tapi belakang muntah darah.


Ada jenis orang mulut sedikit jahat,

Bila cakap salu berdebat,

Kadang bikin kita jadi penat,

Tapi bila kita nak jatuh, dia dulu jadi tongkat.


Walaupun hati lain-lain,

Kita sebenarnya tetap sama,

Menumpang dalam dunia yang bukan milik kita,


Dan harus sedar satu perkara,

Bahawa kita sama,

Iaitu sebagai hamba, merangkap khalifah – Nya.


Sedar-sedarlah yer..

9 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

aimie amalina said...

baekk akak :))
walau cm mane pon kita, kita tetap sama, sebab kita sesame manusia kan2 :))

Ujie said...

hati..susah nak dijangka.
ia boleh berubah-ubah..

BlueiceButterfly said...

~setuju2..:)

Yatie Awang said...

betul tu Lia...kadang2 kita lupa siapa kita...malah kita tak boleh menilai orang dengan pandang luaran saja....kerana sesetengah orang yang nampak lemah lembut ni berbisa

Abah...bagi balik tangan Ita

Fendy said...

setuju dgn statement2nyang dinyatakan...ermmm...hati manusia susah diduga...

budakijaupendek said...

nice entry ^^
suka entry mengingatkan mcm ni.

sLpmEpLz™ said...

hohohoho terasa

Cik Jannah said...

manusia takkan penah puas.

AININ SURAYA said...

lumrah manusia tak pernah senang dengan apa yang orang lain ade =.=

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...