^_^

Sunday, 4 December 2011

Bukan niat saya andai ia melukakan


Maafkan saya..


Awak..

Saya tak tahu kenapa..

Saya bukan sengaja padamkan awak dari ingatan..

Luputkan awak dari minda..

Tapi ia hilang dengan sendirinya..

dan saya biarkan ia..

Kejamnya saya..

Maaf..


Awak..

Saya tau…

Awak mesti terasa,.

Bila panggilan awak tak lagi saya jawab,

Bila mesej awak tak lagi saya balas..

Saya tak ada kekuatan..

dan

Saya biarkan lagu nada dering khas awak bernyanyi..

Sayu.. memang sayu lagu tu..

Khusus untuk awak..

Kejamnya saya..

Maaf..


Awak..

Dunia kita berbeza,

Awak dan saya takkan serupa..

Dan kita tak mungkin akan bersua..

Perasaan itu tidak boleh dipaksa

(kecuali dengan izinNya)

Maaf.


Awak,

Saya tak tahu kenapa,

Hati saya tak terusik untuk awak..

Walau saya tahu telah sekian lama awak mencuba..

Bukan niat saya andai awak terluka..

kejamnya saya..

Maaf..


Awak,

Saya doakan awak bahagia..

Dan doakan kebahagiaan saya juga ya..


2 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Anak Wak Mail said...

saya doakan awak bahagia..;)

Lia Irdelia said...

Anak Wak Mail~

huhu..
Thanks !
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...