^_^

Monday, 14 November 2011

Yang Tidak Akan Berputar Kembali..


Sekarang sudah tiba musim peperiksaan.. Juga musim dapat keputusan peperiksaan.. Dekat pejabat, kebanyakkan ibubapa sibuk ambil cuti anak nak periksa. Anak nak ambil result serta bermacam-macam alasan tentang kesibukkan persekolahan anak-anak.. Beruntungnya anak- anak zaman ini.. Ibu bapa kadangkala lebih risau dan kelam kabut apabila anak mereka mahu mengambil peperiksaan dan juga keputusannya.

Teringat zaman sekolah rendah aku dulu yang hampir 15 tahun lampau.. Mak abah sibuk juga, tapi sibuk suruh baca buku saja.. Bila tiba masa nak ambil report card, ibu bapa kena datang sekolah. Aku sudah mula risau, memikirkan siapa yang akan datang ambil.

Sedih bila mak terpaksa jalan kaki berpanas terik mentari semata-mata nak datang sekolah untuk anak-anak. Kesian mak, Terima kasih mak.. Kalau abah pula yang ambil, hampir jam 12 tengahari baru abah muncul, sebab abah bekerja, terpaksa habiskan kerja dulu baru datang sekolah.

Masa tu, ramai yang dah balik. Maklumlah, siapa yang ibubapanya datang awal, boleh pulang awal.. Masa itu juga dengan muka risau mengadap muka cikgu depan mak abah. Hahha..

Kelakar bila ingat-ingat semula.. Apa-apapun kenangan zaman sekolah memang manis untuk dikenang.. Terima kasih pada mak dan abah yang telah banyak berkorban untuk segalanya.. Anakmu yang seorang ini baru mula bertatih menjengah masa depan..

Meskipun belum mampu untuk membina istana kayangan buat bunda… namun diri ini sentiasa berharap agar restu darimu tidak putus mengiringi perjalanan hidup anak-anakmu..


10 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

SuFi Haraki said...

anak2 zaman sekarang ni semakin manja...kita semua semakin manja, sudah tidak tahan lasak, cikgu plak takut nk marah anak murid skrg, sbb ibu bapa yg akan dtg backup anak..mcm2..tp kenangan zmn belajar dulu, xkn dilupai smpai bila2: Dia Seksi Orang Lain Yang Seksa!

Lia Irdelia said...

SuFi Haraki~
betul..
ia satu kenangan yg xkan dilupakan sampai bila-bila..

Tq ya.. :)

syahirooAhmad said...

penat , penas semua tu akan hilang berganti kegembiraan takala membaca report kad anaknya yang ohsem ini.. :)

kasih ayah & ibu kepada anaknya hingga ke hujung nyawa..

Lia Irdelia said...

syahirooAhmad~
hahaha..

Hingga hujung nyawa..
Like it!

Tq ye.. :)

aimie amalina said...

aduhaiiii
teringat pegi sekolah naik trak askar
jalan kaki balik sekolah
heeee
kalau la bole return
heeeee

ayah anta awai2 je..sebab takot sesat.hehehee

Woofer Storm said...

kan best kalau zaman bleh diputar semula.nak masuk skolah balik..hehee


**nak pinjam poket doraemon^^

Ujie said...

a'ah..bdk skrg untung kan.
maybe skrg hidup makin sng. tak mcm akak dolu2.
tapi yg susah tu la ada kenangan..

Yatie Awang said...

betul tu, zaman sekarang memang ibu bapa yg panik, akak rasakan itu...

~AmyLiana86~ said...

tu la budak sekarang ni mmg best..xmcm kite dulu survive sendiri jer kan..tp bagus kite leh berdikari..hehehe

♥ p a a n i ♥ said...

paling takut time mak abah kne dtg sekolah..hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...