^_^

Saturday, 5 November 2011

Pilih Kasih.. Pilih Sayang…


Aku rasa terpanggil untuk menulis sesuatu pada tika ini. Walaupun terasa amat penat dan mengantuk yang teramat, namun ku gagahi jua.. Aku tak tahu nak mula dari mana dan bagaimana, tapi yang pasti ia sangat membuatkan aku ingin berkongsi sesuatu..

Pernah tak kita merasa terpinggir dan terasing dalam satu kelompok kumpulan?.. kawan-kawan? ataupun dalam keluarga sendiri?.. ?.. Sedih tak?.. ,Mesti rasa macam bengang dan sakit hati dalam diri bila diperlakukan sedemikan. Kita merasa seolah-olah tak wujud dalam situasi tersebut. Ada atau tidak, tiada siapa pun yang perasan atau ambil peduli. Macam dalam pepatah melayu, bagai melukut ditepi gantang.

Sebenarnya tak baik buat orang macam tu, kalau kita tak mahu diperlakukan sedemikian, maka jangan buat begitu pada orang. Tolong hargai siapapun yang berada disekeliling kita. Hargai pendapat yang mereka utarakan.. Hargai apa yang telah mereka lakukan.. Sekurang-kurangnya mereka telah mencuba yang terbaik.

Mungkin pada waktu ini, mereka tiada kepentingan pada kita, tapi siapa tahu satu hari nanti kita akan memerlukan mereka. Mereka juga ada hati dan perasaan. Ada rasa ingin diterima dan dihargai. Jika kita tidak suka pada mereka sekalipun, jangan buat mereka seperti musuh, pandang dengan sebelah mata, dan seolah-olah jijik dengan kewujudan mereka.. Harus ingat, jika hari ini kita buat orang terluka, tidak mustahil, kita juga akan merasa kesakitan yang sama…

Add Image

9 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

ijA said...

betul juga, what we give, we get back..

leyaliyana said...

memang....i believe in karma. kite buat kat orang, nanti kita kena balik +_+

BlueiceButterfly said...

~setuju2..semua ada pembalasan..:)

aimie amalina said...

betull
x boleh nak pilih bulu dalam berkawan
baik buruk
dia lah sahabt kita
cm mana kite ade kekurangan
die pon ada kekurangan kan =]



salam aidil adha geng eskem lily! =]

NasZ said...

saya pernah jumpa org camni. semua org tak suka dia. saya pun layan dia baik2 tapi last2 dia plak sakitkan hati saya.

Yatie Awang said...

dulu masa sekolah pernah juga merasa situasi macam tu, meang sakit hati kalau orang buat kat kita kan? macam tu juga orang laing rasa kalau kita buat padanya...jadi yang penting kita jangan mulakan dulu

Munnafendy said...

pernah...masa tu mmg rasa down giler2....

claude =P said...

setuju! :D sy selalu buat baik kt org lain. then, org lain pun layan sy baik baik jugak :DD

claude =P said...

setuju! :D sy selalu buat baik kt org lain. then, org lain pun layan sy baik baik jugak :DD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...