^_^

Sunday, 27 November 2011

Panggilan Cinta dari Hati



Tanya sama hati,

Mengapa bergetar tatkala melihatnya..

Hati diam dan kelu..

Jawab jiwa,

Aku turut merasakannya..


Tanya sama hati,

Mengapa merindu..

Hati tertunduk, tanda malu..

Jawab jiwa mungkin kerana aku..


Tanya sama hati,

Apakah telah terpaut padanya?.

Hati menggeleng, cuba menafikan..

Jawab jiwa, ya, aku mahukannya..


Kadangkala apabila hati cuba menafikan..

Jiwa memberi isyarat berlawanan..


Hati mahu..

Tapi malu..


Bila isyarat ini digabungkan…

Satu jawapan pasti ditemui..

Itulah tanda berputiknya panggilan cinta..


Pernahkah kau merasakannya?



4 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Lea Isnawi said...

pernah2. tapi kdg2 pelik kenapa mesti jatuh cinta sama dia

sedangkan dia selalu menyakitkan hati

err. lidah kelu

~AmyLiana86~ said...

pernah2..hehehe..

hai kembar..harap lia sihat selalu..hehe

Yatie Awang said...

pernah juga dulu dulu....hehehe, ikutlah kata hati, jika ia benar

Anak Wak Mail said...

pernah rasa,,tapi hati tahu tak mampu memilikinya..;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...