^_^

Wednesday, 16 November 2011

Lelaki Tanpa Suara


Hari Pertama

7.30 pagi

Aku nampak seorang lelaki sudah ada di hentian bas tempat aku selalu tunggu bas.. Aku pandang dia sekali lalu. Aku, tanpa senyum, dan terus duduk.


Hari kedua

7.30 pagi

Aku nampak dia lagi, kali ini dia pandang aku dari jauh sampai la aku duduk. Aku pandang dia dan tunduk, . Tanpa senyum.


Hari Ke tiga dan seterusnya.

7.00 pagi

Aku keluar dari rumah awal sebab takut terlewat, dan dia tiada di hentian bas seperti biasa. Bas sampai dan aku naik bas tanpa dia.


Seminggu kemudian..

6.30 petang

Aku terserempak dengan dia di LRT, sedang menunggu bas yang sama denganku untuk pulang ke rumah. Dia senyum meleret. Dan aku?? Teragak-agak untuk senyum..


Hari ke lapan

6.30 petang

Aku terserempak lagi dengan dia di LRT. Kali ini aku senyum lebih ikhlas dari semalam.


Hari ke Sembilan

7.00 malam

Aku pulang lewat.. Sampai di LRT, dan entah kenapa, aku tercari-cari bayangannya.. Dia tiada.


Hari ke Sepuluh

7.00 malam

Pulang lewat lagi. Dan aku pasti dia sudah pun pulang. Kenapa aku tercari-cari dia??.. entah…


2 minggu kemudian

6.30 petang

Aku ternampak dia dari jauh. Dalam hati terdetik kegirangan. Dia membelakangiku, dan kelihatan sedang berinteraksi dengan seseorang.. Menggunakan isyarat tangan!


Ya Tuhan..

Dia..

Tanpa suara..

Lelaki itu tanpa suara..

Namun punya air muka yang tenang dan bercahaya..


Dan aku tidak pasti..

Benarkah dia tanpa suara?..


4 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

aimie amalina said...

lelaki tanpa suara yg mampu mmbuat hati tertanya2

weewiittt!
kene ngoratt ehhh =p

Lia Irdelia said...

mimi~

erk..
bukan begitu maksudku..

pe2 pun. tq! :)

kak lang said...

hehe, so sweet jerk real story neh

hira said...

lelaki itu bisu? tabahkan hati dia? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...