^_^

Tuesday, 8 November 2011

Kertas Kerja Setebal Ensiklopedia



Lihat tajuk saja sudah boleh mula membayangkan apa yang hendak aku kongsikan di sini. Ya, itulah tugasan yang harus dan akan aku sempurnakan sedikit masa lagi.

Baruku tahu bahawa tugas seorang banker bukannya mudah. Semua department sebenarnya berperanan penting dalam memacu kejayaan sesebuah syarikat, tapi apa yang ingin aku kongsikan di sini hanyalah peranan seorang banker yang duduknya dalam department Marketing.

Sebelum ini aku didedahkan dengan betapa seronok dan fleksiblenya kerja di bidang marketing, ia memang tidak dinafikan, tetapi workloadnya juga sangatlah memeningkan kepala. Harus berkejar dengan budget, timeline, client, board presentation dan seumpama dengannya.

Dan aku sangat terkejut bila diberitahu selepas ini akan bermain dengan figure paling kurang 7 angka. Subhanallah!.. Membaca manual tugasan saja sudah hampir membuat aku hampir pitam.

Tapi aku harus yakin, aku mampu melakukannya. Semua perkara yang sukar akan menjadi mudah bila ia menjadi kebiasaan. Jadi sebelum sesuatu itu menjadi mudah, kita harus melalui beberapa kesukaran terlebih dahulu.

Ya tuhanku.. Permudahkanlah segala urusanku.. Sesungguhnya aku ingin menyumbang khidmatku di jalan-Mu.

dan langkahku baru saja bermula...


5 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Lea Isnawi said...

all da best!
moga dpt harungi dgn tabah =)

Lia Irdelia said...

Lea~

hhuhu,,
Maseh yer dear..
hope so.. :)

Ujie said...

ya betul..mula2 mestilah susah. lama2 dah biasa..
cuma perlu ketabahan & kesabaran utk memulakan benda baru ni.

aimie amalina said...

huwaaaa
7 angka ye
emm3
mang sunggguh kamu "suka" angka
hehehe

i wish u olll d best dea!

Mohamadazhan.com said...

bt terbaik.hehe.tenang2...mulakan dgn berjadual =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...