^_^

Sunday, 27 November 2011

Jalan hidup ini



Aku ingin menjadi seperti pepasir putih dipantaian..

Merelakan dirinya terpukul dek ombak yang berdesir..

Di hempas badai yang menerjah ganas..

Terkadang pula sekadar disapu lembut sisa deraian ombak..

Demi membentengi lautan..


Aku ingin bebas seperti sang camar..

Berterbangan riang di angkasa raya..

Hinggap ke mana yang disukai..

Dan berhijrah demi masa depan kawanan..


Aku ingin menjadi seperti bintang..

Berkelipan menyuluh kegelapan..

Biarpun cahayanya samar dan hampir tidak kelihatan,

Ia tetap menyerlah..

Menerangi samara sang bulan..


Andai aku bisa memilih..

Akan ku pilih jalan yang tiada rintangan..

Jalan yang aman tanpa halangan..

Agar bisa perjalanan ini pantas ku harungi..


Namun itu tidak mungkin..

Kerana cabaran itulah sebenarnya..

Pengalaman hidup yang harus ditempuhi..

Menjadi motivasi terhebat dalam diri..

Sebagai suntikan mangkin penggerak nadi..

Untuk menuju ke puncak..


dan aku semakin percaya...



5 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

NURUL ASHIKIN said...

menuju puncak tidak semudah yang difikirkan kerana kejayaan memerlukan pengorbanan fizikal, mental , kewangan dan mungkin separuh dari usia kita harus dihabiskan ke arah itu... bersabarlah menempuh onak dan duri yang berselerak di jalanan

Solihahazahar said...

wuu ayat menusuk kalbuuuuu

Ujie said...

hidup tanpa cabaran..pasti bosan.

kejayaan tanpa kepayahan..pasti tiada manisnya!

Aisy Nasiha said...

lia: setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kita cuma merancang, jadi rancang yang terbaik. hasilnya kita terima dengan redha.

Anak Wak Mail said...

bersyukur dengan apa yan telah dianugerahkan ALlah..dan hidup dengan lebih tenang..;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...