^_^

Monday, 28 November 2011

Hati ini untuk siapa..



Renung ke dalam hati..

Menyelami indahnya sepi..

Lantas teralih pada satu bebayang yang samar melintasi..

Oh.. milik siapakah hati yang seakan ingin memunculkan diri?


Renung ke dalam jiwa..

Menikmati indahnya panorama gelora..

Yang qiamnya di sudut singgahsana..

Menanti hadirnya satu pesona..


Renung ke dalam minda..

Menelusuri lorong-lorong akal dan nafsu pemikiran muda..

Yang berlegar-legar diruang atmofera..

Menerokai titik asalan samudera jiwa..

Dan melahirkan jawapan atas persoalan tentang rasa dan cinta


Usah ditanya hati ini milik siapa..

Kerana jawapannya tetap sama..

Biarlah ia kekal rahsia..

Sampai masanya akan aku beritakan jua..



9 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

NURUL ASHIKIN said...

rajinnya awak berkarya...dalam maknanya..tak tercapai dek akal saya yang cetek

Iffah Afeefah said...

Suke bace

snok

Ujie said...

wah..dah ada yg mengetuk pintu hati ya..
berbunga2 hati lia pastinya!

Nizam Ijam said...

suka entry nie :D

Anak Wak Mail said...

berpuitis sungguh..indah..;)

Aisy Nasiha said...

wah lia ni puitis orang nya... akak suka baca ni..

JR said...

Jika hati diberi kepada manusia seringkali kau dikecewakan, tapi jika hati diberi kepada Allah Dia akan sentiasa di sisimu selalu...

mas saari said...

salam perkenalan dari blog Ben..
happy blogging!

puitisnya..

M Fizan said...

hehe..sangat puitis dan gramatis..tahniah2..keep it up! tak sabar nak tahu milik siapa :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...