^_^

Tuesday, 1 November 2011

Aku dan dia dalam kenangan..


Namaku Adelia.. aku seorang gadis yang masih belajar, belajar tentang kehidupan, belajar tentang cinta. Dan aku masih lagi sendiri terkapai-kapai mencari hala tuju hidup ini. Aku mempunyai satu hobi yang datang kadang-kadang. Pelikkan?. Iaitu membaca.Bila baca cerita cinta dalam novel atau mana-mana cerpen, aku rasa macam semua tu menipu je. Semuanya nak ending dengan jalan cerita yang best, yang gembira, yang menarik dalam hidup. Hakikatnya? Tidak semua berakhir dengan semudah yang kita inginkan. Betul tak? Mungkin ramai yang tidak setuju dengan kata-kataku ini. Yelah, nasib semua orang kan tak sama. Tak pelah.. Ape yang aku nak kongsi kat sini hanya lah sebuah coretan biasa yang mungkin telah ditokok tambah sebagai penghubung kepada kemuncak cerita.

Semua orang yang bercinta, aku pasti mahukan sebuah penamat yang indah.. yang akan di akhiri dengan sebuah ikatan kekal. Itu aku pasti. Namun sejauh mana hala tuju itu akan tiba terpulang kepada insan yang bercinta itu sendiri.Aku sendiri? Ya .. aku juga mahukan matlamat yang sama. Cinta pertama ku bagiku hadir dikala aku masih lagi terlalu muda, 18 tahun.Mungkin ia waktu yang tepat bagi sesetengah orang. Nama jejaka tersebut Amir, seusia denganku dan juga merupakan bekas pelajar yang satu sekolah asrama penuh dengan ku.

Percintaan kami bermula setelah tamatnya zaman persekolahan, iaitu semasa result SPM keluar, dan dari situ maka bermulalah sebuah episod cinta yang penuh dengan suka dan duka. Bagiku, Amir lah segalanya dalam hidupku, tempatku bermanja, bercerita, mengadu hal dan sebagainya. Percintaan kami adalah percintaan jarak jauh, kerana dia di Muar, dan aku sendiri di Perak.Kami hanya berjumpa sebulan sekali, ketika cuti hujung minggu sahaja. Keluargaku? Mereka memang tidak pernah membantah, asalkan aku pandai menjaga diri. Keluarganya? Aku sendiri tidak pasti samada hubungan kami telah diketahui keluarganya atau pun tidak. Pelikkan?

Mak dan abah ku ada juga menegur kerana aku membonceng motornya ketika kami keluar, namun apa boleh buat, hanya itu saja kenderaan yang dia ada, dan aku pula tanpa segan membonceng motornya. Dengan motornya itulah, kami keluar bersiar-siar dan pernah sama-sama basah meredah hujan lebat. Dengan motor itu jugalah dia pernah mengambil dan menghantarku ke kampus. Dengan motor itu jugalah aku belajar menunggang motor.

Lucu jika diimbas kembali saat itu, tatkala pertama kali menunggang motor, dan dia membonceng dibelakang. Aku memulas pedal minyak dengan laju, dan kami hampir-hampir saja terjatuh kerana motor melompat dan teranjak kehadapan tanpa dapat ku kawal, tindakan pantasnya akhirnya dapat megawal keadaan. Wajahku pucat tetapi Amir hanya tersenyum. Ah, betapa sabarnya dia mengajarku yang sangat mudah lemah semangat ini. Cinta kami seperti tidak boleh dipisahkan walaupun adakalanya kami bertengkar kerana dia yang terlalu cemburu dan sering melebihkan masanya dengan kawan-kawannya.

Amir seorang yang kuat merokok. Aku terpaksa terima yang dia sememangnya seorang perokok tegar. Dia mungkin tidak akan boleh berubah sekelip mata hanya kerana aku, tapi aku pasti dia boleh berubah. Sedikit demi sedikit, mungkin. Apabila keluar dengannya, pasti aku sendiri yang akan menyimpan kotak rokoknya di dalam beg ku. Aku terpaksa berbuat demikian untuk mengurangkan tabiat merokoknya walaupun hanya ketika bersama denganku. Aku terlalu sayangkan Amir, dan aku tidak mahu kehilangannya atas sebab tabiat merokok tersebut.

Amir juga seorang yang sangat cemburu. Aku juga begitu , tetapi bagiku cemburunya melebihi aku. Aku tidak dibenarkan membonceng selain dengan dia, dan juga tidak dibenarkan menaiki kereta berdua dengan lelaki lain selain dengan dia ataupun keluargaku. Kadangkala aku rimas, tetapi kuturutkan jua demi kebaikan bersama. Pernah sekali kami keluar bermain bowling bersama kawan-kawannya. Semasa ingin pulang, aku berjalan beriringan dengan temannya, dan dia pula tertinggal di belakang, sedang berbual dengan temannya yang lain, terus dia menarik tanganku untuk berjalan disebelahnya . Aik, kadangkala aku pelik juga, dengan kawan sendiri pun nak jealous. Cemburunya itu kadangkala membuatkan aku bahagia, tetapi adakala menyebabkan ruang bebasku terbatas. Aku terima semuanya kerana itu adalah dirinya, dirinya yang sangat aku sayangi.

Kami bersama hampir 2 tahun, dan ketika aku di dalam tahun 2 pengajianku, kami bertengkar teruk dan aku, tanpa dapat ditahan-tahan meminta untuk berpisah. Ini bukan kali pertama aku bersikap demikian, malah sudah 3 kali, semuanya kerana dia dan kawan-kawannya. Aku sudah tidak tahan lagi dengan sikapnya yang kadangkala meminggirkan ku apabila bersama kawan-kawannya. Adakah lelaki semuanya begitu?? ? Aku bukan meminta sepenuh perhatiannya, Cuma aku butuh waktunya untuk bercerita sedikit tentang perasaanku, aku perlukan telinga dan bahu untuk mengadu. Sudahlah kami sentiasa berjauhan, dia pula sering saja mempunyai aktiviti kelab bersama kawan-kawannya. Bila dia perlukan aku, sentiasa saja aku ada waktu untuknya, sekalipun ketika aku sedang mengulangkaji berjuang untuk peperikasaanku. Cuma kadangkala ketika aku sedang mengadakan perbincangan kumpulan, aku terpaksa tinggalkan dia sebentar, tapi tau pula dia nak marah-marah. Entahlah.. Aku pun kadang-kadang pening. Tapi kali ni, aku dah tak tahan sangat. Aku betul-betul serius mahu berpisah.

Ketika itu mungkin aku dikuasai dengan perasaan marah dan benci yang keterlaluan. Dia pula kelu, dan mendiamkan diri, mungkin tidak kuasa untuk memujukku. Baik aku, mahupun dia, masing-masing mengambil langkah menjauhkan diri selepas peristiwa itu. Sehari, dua hari, tiga hari aku semakin sunyi tanpa panggilan telefon darinya. Perasaanku ketika itu? Rindunya aku pada dirinya tuhan sahaja yang mengerti. Aku sangat sedih, dan sedikit menyesal dengan sikapku, namun aku mahu dia tahu yang aku benar-benar perlukan dia. Aku terfikirkan dirinya. Tidakkah dia rindu padaku?. Tangan ini mahu saja menghantar mesej mahupun menelifon Amirku sayang, namun aku terlalu malu. Malu yang teramat. Tuhan, gerakkan lah hatinya untuk menghubungiku, dalam setiap doaku pasti terlafaz ayat itu.

Genap seminggu, Alhamdulillah tuhan memakbulkan doaku. Gembiranya hati ini tidak tertahan lagi. Katanya dia akan menjalani latihan ketenteraan selama 6 bulan di Utara, dan ingin menemuiku sebelum latihan bermula. Aku sangat terkejut namun aku berbangga dia terpilih jua dalam bidang yang sangat diminatinya itu. 10 minit kemudian, aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari Amir dan meminta untuk berjumpaku sebentar. Dan dia telah pun terpacak di depan pagar rumahku lewat maghrib hari tersebut. Dalam tempoh kurang 1 jam, banyak yang kami bincangkan. Amir mahu hubungan kami dipulihkan kerana dia tidak sanggup kehilanganku. Jauh disudut hatiku jua begitu, dan kami kembali menjalin kasih. Terima kasih Amir kerana sangat memahamiku. Aku sangat menyayangi kamu.

Aku akui aku seorang yang sangat manja dan sering saja mahukan perhatiannya, kini aku terpaksa menahan rinduku untuk tempoh 6 bulan kerana kata Amir telefon bimbit tidak boleh dibawa. Amir menunjukkan parut di tangannya akibat torehan gila sewaktu aku minta putus darinya. Aku terkedu. Sanggupnya dia. Atau gilakah dia??? Bodohkah dia atau bodohkah aku? Tuhan, begitu sayangnya dia padaku hingga sanggup melakukan perbuatan tidak waras itu?. Aku hanya mengucap panjang dan tanpa sedar air mataku mengalir deras. Ingin saja ku rangkul tubuhnya, namun aku masih waras dan tidak mungkin kulakukan itu. Di akhir pertemuan, dia menghadiahkan aku sepasang patung itik yang comel. Patung itu sangat lucu bagiku, dan aku mengambilnya dengan penuh rasa kasih dihati. Kurelakan Amir pergi untuk perjuangan hidupnya, dan aku berjanji, kepulangannya akan kutunggu.

Minggu berganti minggu, dan bulan berganti bulan, dalam tempoh dia di sana,dua kali sahaja dia menghubungiku, itu pun menggunakan telefon rakannya. Sekadar bercerita ringkas tentang keadaanya di sana dan bertanyakan keadaanku di sini. Riang hatiku tidak terkira kerana rindu yang maha hebat bersarang dalam jiwaku ini. Panggilan telefon berakhir dengan kesayuan dan aku menangis kerana terlalu rindukan dirinya.

Aku menjalani kehidupan harianku dengan penuh pengharapan yang menggunung. Setiap hari yang kulalui tidak pernah sehari pun tanpa ingatan padanya. Sungguh! Aku terlalui rindu padanya. Siang dan malam ku hitung, berdoa agar masa cepat berputar sehingga tiba detik itu. Detik tamatnya tempoh perjuangan Amir dalam tempoh latihannya . Walaupun kutahu hand phone Amir tidak dihidupkan, namun ku setia menghantar sms setiap malam seperti sedia kala. Dan seperti biasa, tiada jawapan. Yang ada hanya mesej delivered failed. Beerti mesej tidak sampai padanya.. Biarpun dia tiada di sisi namun aku masih setia dengan janji-janjiku untuk menunggunya pulang. Amir sayang, baik-baik saja di sana ya, I will always be loving you…

Hari demi hari yang berlalu sungguh meresahkan. Akhirnya tarikh yang ku tunggu-tunggu siang dan malam, tiba jua. 14 Febuari.. Tarikh Amir sepatutnya tamat latihan. Yes. Aku amat menanti-nantikannya. Sepanjang hari aku keresahan menanti panggilan darinya. Amir? Why don’t you call me?.. I miss you dear. Penantianku tiada penghujung. Nak call Amir, aku rasa macam tak berani, kenapa? Aku sendiri tak pasti. Entah mengapa aku terasa sungguh berdebar sepanjang hari . Sehinggalah lewat malam, aku cuba menggunakan khidmat sms maxis friend finder untuk mengesan di mana dia berada. Sah, dia telah pun pulang ke Kampung halamannya. Sampai hati Amir tak call.. Lupakah dia padaku. Pada janjinya dulu.. Akhirnya dengan kekuatan yang ada, ku kirimkan satu mesej ringkas padanya. Berbunyi , “Sampai hati balik tak bagitau, tak call, Lupa kat saya ye?” Satu jam, dua jam, Amir langsung tak balas mesej yang ku kirimkan. Kecewanya aku, tuhan saja yang tahu. Nak sedapkan hati, aku Cuma fikir yang Amir penat , atau mungkin kehabisan kredit. Dan malam itu aku tidur ditemani deraian air mata.

Keesokkan harinya, cepat-cepat ku lihat inbox mesejku, ternyata ada balasan dari Amir. Tapi kata-kata yang dituliskan bukan seperti yang aku harapkan. Ya Tuhan. Mengapa kau uji aku sedemikian rupa. Cepat-cepat ku hubungi kembali hand-phone Amir untuk kepastian.

“ Ya kak, Abang Amir dah tak ade..,malam tadi.. motor dia langgar ngan van. Petang semalam dia sempat beli sesuatu, mungkin untuk akak. kalau akak nak ziarah, datanglah sebelum zohor, “ kata satu suara yang menjawab telefon dengan suara yang penuh sebak.. dan aku???? ? tanpa suara, bibirku bergetar menahan rasa. Oh tuhan, bagaimana harusku terima kenyataan ini.. .. Amir sayang…..

Dedicated to someone and someone..

Alfatihah to second somene...



6 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Lea Isnawi said...

kisah benar ke ni?

sedih T__T

alfatihah utk amir

sabar ek lia

EmpayarUtama said...

Panjangnya tapi aku baca sampai abis. Kena komen ke ni ? :)

Ujie said...

ending yg sedih..
kita merancang..Allah jua sebaik penentu.

Lia Irdelia said...

Lea~
Alfatihah buat beliau..
tq!


Empayar Utama~
tq sudi baca sampai habis..
:)

Ujie~
yup..
Segalanya telah ditentukan..
Jodoh tidak bersamanya..

tq all.. :)

aimie amalina said...

sedihnyeeeee
emmmm3
T____________T

alfatihah untuk arwah..
moge perginya dicucuri rahmat-Nya ..

NADIA said...

baru baca.. tapi sangat menusuk jiwa.. tatkala bahagia datang menerpa, jiwa pula sengsara.. semoga lia tetap tabah dan kuat mengharungi kehidupan seterusnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...