^_^

Sunday, 13 November 2011

8,000 siswazah SL1M mula kerja hujung 2013


TASEK GELUGOR 13 Nov. — Kumpulan pertama siswazah menganggur seramai 8,000 orang yang menyertai Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) akan memulakan kerjaya mereka hujung tahun 2013, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Beliau berkata, 5,000 siswazah berkenaan telah memulakan latihan di bawah skim itu di beberapa buah syarikat sejak Julai manakala 3,000 lagi pada September lepas.

"Mereka merupakan sebahagian daripada ribuan lepasan universiti yang masih belum mendapat pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian,” katanya kepada pemberita selepas majlis Tautan Kasih Ibu Tunggal Parlimen Tasek Gelugor di sini hari ini.

Nor Mohamed, yang juga Anggota Parlimen Tasek Gelugor berkata, setiap tahun kira-kira 90,000 mahasiswa tamat pengajian di universiti dan 70,000 daripada mereka berjaya mendapat kerja enam bulan selepas itu.

Bagaimanapun, 20,000 lagi gagal mendapat kerja selepas tempoh sama disebabkan kekurangan daripada beberapa aspek termasuk tiada kemahiran berkomunikasi dan tiada keyakinan. — Bernama

sumber - Utusan Malaysia Online

-----------------------------------------------------------------------

So, to those yang masih tercari-cari kerja di luar sana, peluang anda masih lagi cerah.. Sertai Skim Latihan 1 Malaysia dan mulakan kerjaya anda di sana.. Jadikan ia sebagai batu loncatan untuk memulakan langkah membina kerjaya anda..

Saya juga bermula dari sini.. Semoga berjaya.. :)


4 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

kyra veronica said...

alamak!!!cmne nk kje??stdy x bis ag..hehhehhe..nice entry dear;)

Lia Irdelia said...

kyra veronica~
hahhaa..
Tunggu abis dulu yerk..
Blaja rerajin..

:)

aimie amalina said...

ada gak pikir ni
kalo x dpt jugak keje
nk join gak ni
maceh syg!=]

Lia Irdelia said...

mimi~
hhaha..
try la..
banyak company join..
technical pun ada..

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...