^_^

Thursday, 13 October 2011

Semalam yang ku tinggalkan..



Kau tersenyum..

Aku jua tersenyum..

Bersama menikmati indahnya episod kisah kita..

Tapi itu..

Adalah semalam yang berlalu..


Kau memetik gitar..

Menyanyikan lagu indah..

Ku tertawa dan tersenyum mendengar..

Menikmati irama melodi lagu kita..

Tapi itu..

Adalah semalam yang berlalu..


Kau memayungi aku..

Meredahi basahnya hujan mencurah..

Kita bersama melalui senang dan susah..

Tapi itu..

Adalah semalam yang berlalu..


Kini..

Kau hilang dari pandangan..

Ku memandang dalam khayalan..

Kita..

Terpisah oleh keadaan..


Dan..

Memori itu,,

Adalah semalam yang ku tinggalkan.



4 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Ujie said...

memori smlm selalu indah..!

Lia Irdelia said...

ujie~
Yup, sangat indah untuk dikenang..
Tapi sangat sukar untuk dilupakan..
:)

aimie amalina said...

jgn mengenang kesedihan yg lalu taw!
jadikan kenangan yang lalu suatu byg2 yg menemani jiwa kita utk ari ini
esok
dan kehadapan =]

Lia Irdelia said...

mimi~
yup..
hidup untuk hari esok..
Yeah.. heh.. TQ!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...