^_^

Friday, 21 October 2011

Ku Cuba Yang Terbaik.. Untuk Menjadi Yang Terbaik



Aku bukan orang yang bijak…

Namun aku tidak mahu diriku dipijak..

Lalu sedikit kakiku teranjak..

Melakukan sesuatu untuk untuk mula berganjak..


Aku bukan dari keluarga berada..

Hidupku sekadar apa yang ada..

Namun itu bukan alasan untuk tidak berjaya..

Dan akan ku cuba membuktikannya..


Aku bukan insan sempurna..

Miliki banyak cacat dan celanya..

Walaupun segalanya serba sederhana..

Aku mampu berbangga dengan apa yang aku ada..


Aku hanya seorang pencerita..

Yang punya jiwa dan rasa…

Yang hanya bijak berkata dan berbicara..

Namun miliki impian untuk dilaksana..

Dan akan tetap berusaha..


Berdoa dan berharap segalanya akan tercapai jua..

Dengan Izin-Nya



5 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

aimie amalina said...

insyaAllah
walau tiada yg sempurna dalam diri
kita masih hamba-Nya
masih disayangi-Nya..


weehuuuuuu!

Lia Irdelia said...

InsyaAllah..
sempurna itu tidak..
namun diriku sempurna kerana..
adanya kamu...
hahhaahha..

Lea Isnawi said...

walau apa pun halangannya
kite haruslah cuba lakukan yang terbaik ye lia :)

CaYe Cik iLa said...

insya allah.....

NasZ said...

setuju sangat2. walaupun kita tak bijak, tapi tak mahu dipijak. nice.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...