^_^

Sunday, 9 October 2011

Kerana sayang, kamu ku lepaskan..



Sebulan sudah berlalu.. Meninggalkan aku dan kenangan bersamanya.. Ternyata masih ada sisa kesakitan yang berbekas dalam jiwa. Biarpun dibibir ini menyatakan telah merelakan segalanya. Namun hakikat itu masih belum sepenuhnya aku terima.. Dia bakal ditunangkan dengan pilihan keluarga!.

Tiada daya lagi yang mampu ku gagahkan. Siapalah aku untuk menidakkan ketentuan takdir antara kami. Ternyata ia telah berakhir. Dan aku juga bukan siapa-siapa jika dibandingkan dengan bakal tunangannya itu. Seorang wanita yang sangat rapat dengan keluarganya.. Seorang wanita berlatarbelakangkan agama yang kuat. Dan aku hanya orang biasa… dari keluarga yang biasa. Mungkin iitu faktor utama mengapa dia terpaksa mengikut kata keluarganya.. Meskipun dia lelaki, namun kepatuhan pada keluarganya kadangkala menyakitkan aku.. dan kali ini benar-benar membunuhku.. aku redha..

Kehidupanku berjalan seperti sedia kala setelah menyendiri. Tetapi panggilan yang ku terima lewat malam itu membuatkan aku hati ini kembali sakit dan berdarah. Dia memohon sejuta kemaafan kerana terpaksa memilih untuk bersama pilihan keluarganya.. aku hanya diam mendengar setiap patah katanya.. Tanpa sedar, aku menangis. Ku cuba sedaya upaya untuk tidak keterlaluan kedengaran ditelinganya, namun ternyata dia mampu menangkap bunyi esakan ku biar sekuat mana aku menahan.

“Lia… .. .”

Tiada lagi sayang.. tiada lagi panggilan manja itu untuk diriku.. Oh tuhan aku amat merindukan suaranya yang lembut memanggil sayup.. jatuh lagi airmata ini..

“Lia… saya tahu.. ia sangat berat untuk diterima.. Tapi saya tak ada pilihan lain.. Tolong bagitahu saya, apa yang harus saya lakukan lagi?..

Aku diam.. menahan sebak didada..

“Malam ini, saya nak Lia berterus terang.. tolong bagitahu saya, apa yang saya harus lakukan.. Saya buntu.. Saya sangat sayangkan kamu..

Oh tuhan… dalam bait-bait katanya yang terlafaz, dia memberikan aku ruang untuk bersamanya lagi… Namun ia dugaan terbesar bagiku.. Biarpun sakit dalam dada ini, namun aku menolak.. Biarlah aku yang berkorban.. Biarlah aku sakit sendirian…

Andai aku kembali bersamanya, bermaksud akan ada episod perpecahan dalam keluarganya.. Akan ada hati lain yang terluka.. dan turut akan menghampakan kedua orang tuanya.

Demi tuhan, aku tidak mampu membiarkan ia berlaku… kerana aku bukan pemusnah kebahagiaan.. Biarlah.. kerana sayang, kamu kulepaskan..

Jatuh lagi airmata ini buat kesekian kalinya..

======================================


6 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

aimie amalina said...

=(
sedihhhhh
lia...kamu kuat!
kamu kuat!
air mata itu akan teman kamu
smp kamu jumpe yg kamu benar2 harus dimiliki dia
kuat ye!

Lia Irdelia said...

mimi~
sy sgt syg kamu..!! >_<

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

sangat sedih . tapi kamu harus kuat ya . insyaAllah . akan ade yg terbaik buat kamu ye . seandainya jodoh kamu dengan dia pasti kamu akan bersama dia walo ape pom dugaannye

Syara Mohammad said...

kuat! terus kuat!

Lia Irdelia said...

choki2~
InsyaAllah..
Biarlah jodoh dgn yg lain..
Telah ditetapkan bukan dgn dia.. :)

Syara~
Yes.. saya kuat.. dan kamu juga..
tq!

Cik Cammy Lia said...

alaa sedihnye....nape jadi mcm tu. fam lelaki tu xtahu ke korang ngan kapel?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...