^_^

Thursday, 20 October 2011

Jauhkan aku dari nombor!!!



Memang.. Sejak dari dulu. Aku memang tak berapa suka dengan nombor. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab aku sedar yang aku ni tak berapa pandai nak mengira. Tapi yang peliknya aku sangat peka dengan tarikh. Aku akan ingat setiap tarikh penting yang berlaku dalam hidup, aku ingat semua tarikh lahir my family members, termasuklah semua anak2 buah yang aku ada. InsyaAllah, aku akan ingat..

Bila masuk alam kampus, aku tak boleh nak elak dari mengira, sebab setiap semester pasti akan ada subjek calculation.. Oh.. Tidak…. Mahu atau tidak, aku terpaksa juga hadapi.. Nak lulus punya pasal, aku belajar juga sungguh-sungguh walaupun akhirnya dapat result yang tidak berapa membanggakan.. Cuti semester, aku tak pernah teringin nak kerja part time jadi cashier. Sebab aku memang tak suka mengira.

Yang peliknya lagi, aku ni bijaksana pula nak mengira segala wang masuk dan wang keluar untuk akaun peribadi. Setiap sen yang aku belanjakan, aku akan catat kemana perginya duit tersebut.. Aku catat semua sekalli walaupun rm0.50 untuk fotocopy nota!.. Dahsyat tak?

Bila dah habis belajar.. dan dah mula melangkah ke alam kerjaya.. Tanpa sengaja, aku termohon kerja area perbankan. Dan tertulis rezekiku disitu .Kini… aku mula belajar untuk mencintai nombor untuk kerja-kerja analisa!!.. Itu belum lagi pengurusan risiko, saham dan segala yang melibatkan kredit!! kerana.. aku sedar, aku akan terus mengadap nombor selepas ini.. Sekurang-kurangnya untuk tempoh percubaan 6 bulan ini. Oh Business Banking… here I come!!!!!


~dalam hidup ini, kadangkala, kita tidak boleh mengelak sesuatu yang kita tidak sukai.. Kita harus kuat menghadapinya dengan cara yang betul dan tepat!


7 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

aimie amalina said...

aiiii sokong la geng eskem
halnye
lagi elak
lagi mak dekat
so biarkan
jdikan cabaran mendekati mende yg x suke tu kan?
sebb itu ketentuannye =]

emy|farid said...

lepas ni nak suka semua bnda yg x suka. hehe

Lea Isnawi said...

oo keje kat bank ke skrg?
mcm best
lea suka dgn nombor2 neh
tp masuk u mcm silap pilih kos kot
xde math langsung

huuu

Mohamadazhan.com said...

yang tak suka mungkin lepas ni akan suka? hehe

Nizam Ijam said...

dulu suka no 1...sekarang x da...hu2

Lia Irdelia said...

mimi~
betul.. lagi elak,
lagi dia mai..

emyfarid~
haha..
takut yang tak suka jadi suka??

Lea~
yup..
dok baking area..
suka number?
jum join.. hehehe

azhan~
yup..
yg tak suka maybe akn jadi suka.
hahahh..

Nizam~
no 1 is the best rite??
:)

TQ all.. :)

Cik Lia Lomi said...

dalam hidup kita tak akan pernah jauh dari nombor, jadi cintailah nombor. (walaupun Lia tak suka nombor juga)..

salam kenal. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...