^_^

Tuesday, 11 October 2011

Erkk... Malunya......!!!



Tengahari tadi aku pergi makan dekat dengan office, dekat area Dang Wangi. Kedai mana tak perlulah aku cerita.. Masa ambil order, semuanya ok saja, aku order nasi goreng kampung.. Lepas makan, tiba time nak bayar, kena beratur sebab ramai orang nak bayar pada masa yang sama… Aku dah siap-siap keluarkan duit kecil RM1, supaya senang dan cepat,.

Dah habis bayar, aku pun keluarlah dengan memerhatikan suasana kedai yang penuh dengan ciri kemelayuan dan keIslaman. Ayat Quran ada kat dinding sebagai hiasan.. Tapi aku pelik sebab pekerja semuanya berseluar pendek , perempuannya pun sama. Muka pun tak macam melayu..

Bila dah sampai kat luar kedai, tiba-tiba aku dipanggil oleh pekerja dekat kaunter. Nak tahu sebab apa?.. Dia kata duit aku tak cukup seringgit. Mak aih.. malunya aku.. mana la aku nak letak muka ni. Dahlah ramai orang beratur berderet nak bayar. Aku pun cakaplah yang aku dah bayar cukup tadi, tapi dia cakap tak cukup.. Kalau betul tak cukup kenapalah dia tak cakap awal-awal masa aku ada kat depan dia. Dengan perasaan malu, dan malas nak bertekak, aku pun bagi RM10 kat dia walaupun dalam dompet ada duit RM1. Dengan perasaan malu, aku keluar dari kedai.. Waaaaa.. malunya….

Dan tika aku keluar dari situ, aku cakap kat kawan-kawan yang makan sekali kat situ, yang aku tak akan datang lagi kedai tu…

Sebab?

1) Makanan tak sedap!!!! Kawan aku pun cakap macam tu jugak tau..

2) Kedai nampak Islamic, tapi tiada pekerja melayu dan pekerja perempuan kebanyakkan berseluar pendek .Kawan aku cakap dia nampak ada pekerja yang pakai rantai salib. Apa maknanya tu?

3) Aku malu !!!!

Heheheh..



14 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

siti kektus said...

hehehe. tak pe, lain kali cek betul2 na. lagi pon bukan selalu kan malu2 ni. ;)

Lia Irdelia said...

Siti ~
hehehe..
rasa mcam dah bagi cukup..
Hampeh!..
hheh

sis92 said...

haha sis pun pnah bagi duit tak cukup pstu buat muka selamba :)

Lia Irdelia said...

sis92~
hhehehe..
ni dah tokeyh tu panggil,
tpksa la tebalkan muka,..
kui2...

Ezad Skytech said...

hee...biasa la tu..kadang2 kita tak sedar yang kita bayar tak cukup..kena double check la ye..hee~

emy|farid said...

hampeh tol.......

Lia Irdelia said...

ezad~
ntahle..
maybe salahku jua kowt,,
grr...

emyfarid~
ehehheh..
Memang hampeh..

tq!!

NasZ said...

isk.. pasni kena hati2 nak pilih kedai makan k? bahaya tul. bukan pasal malu tapi kedai.

MOHD NASER.com

Lia Irdelia said...

nasZ~
tulah...
nampak kedai macam ok..
x sangka pulak environment dia mcm tuh,,
dh kompom x masuk lagi dah..
hhuu

SoLy SoLicious said...

teehee... xpo lah...kalu xde org kt situ knl kite xde hal la...bkn org cm pun kan..hee

Lia Irdelia said...

soLy soLicious~
hehe..
maluu..
time lunch to,,,
ramai orang..

budakijaupendek said...

erkkkk.........................!
kalo jd dekat sy, larikkk terus. haha
jhat tak nak byar makanan.

fiezah91 said...

hehe.lain kali cek betul2 la ye. adedeyyy

Lia Irdelia said...

fiezah91~

wuhuu.. rasa cam dah bagi cukup tau.. hhuhu

Tq nway,, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...