^_^

Saturday, 8 October 2011

Beauty and the Beast..


Kadang-kadang, bila keluar jalan-jalan.. merayau-rayau tengok gelagat orang, banyak benda yang kita boleh perhatikan.. Banyak benda yang kita boleh belajar secara tidak langsung.. Banyak benda juga yang sebenarnya boleh membuatkan otak kita tidak henti memerah kederat sel-selnya untuk mendapatkan jawapan kepada soalan-soalan yang terbit dari fikiran.

Kali ini, aku nak cerita pasal pasangan kekasih.. Aku selalu perhatikan.. Biasanya, kalau girlfriend cantik, cun melecun, pasangannya tak hensem mana pun.. (jahatnya aku). Dan kalau boyfriendnya hensem macam Anuar zain, girlfriendnya pula sempoi sangat-sangat. Tak cun pun!.. kenapa erk?.. Aku jadi pelik macam mana mereka boleh terpikat antara satu sama lain.. Sebab biasanya orang yang cantik macam model ni, terpikat pada mereka yang secantik dan selawa mereka juga.. Cantik sama cantik, bak pinang dibelah dua.. Kata orang tua..

Tapi!!!, itulah hakikatnya,,, Tuhan sudah melengkapi kita dengan menyediakan segala kelebihan seseorang untuk melengkapi kelemahan pasangannya.. Itu cukup membuatkan aku sedar bahawa kecantikan paras rupa itu bukanlah segala-galanya.. Kita mungkin tertarik pada budi bahasa.. mungkin juga kerana harta.. ececeeh.., (jangan amalkan) mungkin kerana cinta pandang pertama..dan mungkin juga untuk segala-galanya.. Bukankah cinta itu sangat rumit untuk diperkatakan?.. Ia datang kadangkala tanpa kita sedari.. dan kadangkala juga, perginya ia tanpa dapat dihalangi dengan ditangisi..

Apa-apapun, harus ingat.. berpeganglah pada pegangan kita… Agama jua yang menjadi panduannya... Kecantikan tak kekal lama.. Biar tak cantik dimata orang, asal cantik dimata kita..

p/s : jangan cari yang cantik/hensem sangat.. merana weh… susah jaga.. ramai sangat yang terpikat kat dia nanti.. huhuk..


7 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

NA said...

Cinta biar tulus dan kerana Allah insyaAllah tak mudah hilang.

-wina1979-

Lia Irdelia said...

NA~
betul2.. Cinta biarlah tulus..
Tapi sukarnya menemukan ia..

budak penjara said...

x jugak..sbb mak we aku cun la..tapi aku pn kacak..hahaa

muntah2..

Lia Irdelia said...

budak penjara~
yelah... p jaga makwe cun tu elok2 na... kang lari pulok dia.. :)

aimie amalina said...

weeeee
suke2!
sederhanalah dlm mncri cinta
mncri cinta yg akan bahagiakan kita

Zul Fattah said...

Cinta kepada Allah adalah cinta yg Agung.. remember it

Lia Irdelia said...

mimi~
suke2 jugak,,
mencari cinta yg membahagiakan kita..
:)

Zul Fatah~
ya.. Cinta kpd Allah jua teragung..

Tq!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...