^_^

Tuesday, 25 October 2011

Aku Bukan Alien!


Penat!.. itu ayat terbaik yang boleh aku tuliskan bagi menggambarkan bagaimana aku rasa ketika ini. Sebetulnya aku baru saja pulang dari program motivasi-TEAM BUILDING- InsyaAllah, kalau berkesempatan, akan ada entry khas mengenainya.. Tapi kali ini aku nak meluah perasaan. Dan entry kali ini aku klasifiksikan sebagai EMOSI Kenapa?.. entahlah.. mungkin ia terlalu peribadi..

Aku tak tahu nak cerita dari mana, tapi ia benar-benar menggangu fikiran aku. Sepanjang perjalanan pulang dalam bas sampailah entry ni ditulis aku masih lagi memikirkannya. Apa dia?..

Ada di antara aktiviti program ini adalah mengenali personality diri. Aku memang sudah banyak kali ambil ujian ini, dan hasilnya adalah lebih kurang sama. Tapi aku tak tahu kenapa kali ini hasilnya berbeza. Sangat-sangat berbeza!

Melalui hasil ujian dan mungkin dari perwatakan aku dari sisi pandangan coach tersebut,.. aku adalah~

1) Alien dari bulan yang datang kebumi.. aku seorang yang pelik dan lain dari yang lain

2)Tidak berpijak dibumi yang nyata. Memiliki banyak angan-angan tanpa mampu memperolehinya.

3)Miliki personality yang tidak kuat

4)Tidak matang, seperti anak kecil yang suka bermain dalam imaginasi..

5)Seorang yang hanya mengikut dalam erti kata lain aku ini follower..

bla..bla..bla..

Perasaan aku tatkala dikatakan seperti itu?.. sangat malu!!! Aku masih lagi tertanya-tanya dalam diri adakah aku seperti itu?... Dalam hati ini menolak sekerasnya kata-kata tersebut. Kerasnya hati ini!. Aku tidak menafikan sepenuhnya… dan aku tahu mungkin 80% dari kata-kata itu adalah betul. Kerana aku takkan sedar andai tidak diberitahu, Tapi !!!! aku geram bila aku dikatakan seperti alien.. dan aku bukan follower!.. aku yakin itu..

Kata-kata ini akan aku semat dalam hati sebagai satu cabaran terhebat dalam hidup ini.. Aku yakin aku mampu mengubahnya. Memang aku banyak hidup dalam imaginasiku, tapi itu tidak bermakna apa yang aku impikan tidak akan tercapai.. Geramnya hati ini masih lagi tidak dapat aku buangkan.. Tak mengapalah.. mungkin itu pandangan peribadinya.. Yang penting aku bukan alien ok!!!!

Aku akan buktikannya!



2 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

aimie amalina said...

haiyoooo
cm x betol je ujian tu
ujian mna amik niiii
ni geng eskem sy yg terhebat yg penah sy ada taw!=]

Lia Irdelia said...

mimi~
haiyoo..
hahaha...
x per, sy akn buktikan..
sy tak mcam tu.. kkkkik...
Tq !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...