^_^

Saturday, 3 September 2011

Untunglah.. Kerana Kecantikannya..



Di mana dia pergi..

Kemana dia melangkah..

Ada mata yang memandang,,,.

Ada jelingan yang terpukau..

Ada suara yang berbisik..

Itu kerana kecantikannya.


Dia melangkah penuh sajak..

Gaya yang penuh yakin dan anggun..

Menjadi satu bonus dan nilai sandaran,

Itu kerana kecantikannya..


Mana saja dia berada,

Ada saja yang sudi bersama,

Menjadi sahabat, rakan, dan kekasih..

Itu kerana kecantikannya..


Jika cantiknya dia membuatkan dia angkuh,

Menjadi medan memperoleh segala,

Maka binasalah dia..


Jika cantiknya dia membuatkan dirinya semakin menunduk,

Merendah diri atas anugerah diberi,

Maka ada rahmat buatnya..


Kecantikan menjadi racun paling berbisa..

Andai anugerah itu salah diguna..


Berbahagialah mereka yang dikurnia…

Bersyukur jua atas segalanya...



8 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

aiman said...

betul.. wajah yang indah bisa meracunmu.. bibir yang manis bisa menghancurkan.. bersyukur lah dgn apa yg dikurniakan.. :)

Lia Irdelia said...

cam lagu ramli sarep lak.. hhaaha.. bersyukurlah dgn apa yg dikurnia.. :)

cik kompas said...

alhamdulillah, syukur.. tapi jangan hanya cantik diluar saja, cantik di dalam juga perlu...

http://kompaspecah.blogspot.com/2011/08/siapakah-wanita-cantik.html

http://kompaspecah.blogspot.com/2011/06/kecantikan-wanita-kayu-api-neraka.html

Lia Irdelia said...

cik kompas ~ yup.. indahnya jika cantik luar dan dalam.. :)

liya alia said...

setiap ciptaan Allah cantik cantik belaka. :)

Lea IsNaw! said...

dh cantk luar, dalam pun kena cantik jugak :)

hamzah ian said...

nikmat tuhan.. selamat raya ya

Lia Irdelia said...

ya, selamat hari raya semua...tq for reading and sharing.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...