^_^

Saturday, 10 September 2011

Tiada mampuku lafazkan



Mengenalimu sudah lama..

Kita berjumpa dan bertukar cerita..

Di mana ada bahagia di situ ada kita..

Menikmati indahnya detik bergembira..


Kita sentiasa bersama

Dalam suka dan duka sengsara

Tidak sekalipun kita bersengketa..

Kerana kita teman yang istimewa.


Ramai yang menyangka kita bercinta..

Berdua bersama bak pasangan yang mesra..

Hakikatnya kita hanya teman biasa..

Kerana lafaz janji setia itu tiada..


Terkadang aku tertanya-tanya..

Adakah kamu juga merasa..

Apa yang sedang aku rasa..

Kerana dihatiku sudah mekar berbunga..


Ingin sekali aku ku bicarakan dari bibir ini,

Bahawa kamu inginku miliki..

Tetapi aku bimbang tidak dipeduli..

Takut merana diriku sendiri..


Aku mahu kamu..

Tapi maaf sukar ku lafazkan seperti yang kau mahu..

Aku insan yang penuh rasa malu..

Dan akan ku terus menunggu..


~ ungkapkanlah andai ia benar apa yang kamu rasa ~



5 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

cleverspider55 a.k.a alam1cinta said...

hmm..dilamun cinta ler ni

Lia Irdelia said...

eh taklah... ia sekadar coretan.. hahhah

aimie amalina said...

ehhhhhh
yeke coretannnn
heheheh....
sweeettt!=]

kak lang said...

nice puisi...luahan ati, huhu

SITI NOORNADIYANA said...

coretan pon sweet gituuu.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...