^_^

Friday, 2 September 2011

Tetamu di hari raya


Layan mereka sebaiknya..

Hari ini, sudah hampir menjelang hari ke 5 umat Islam menyambut Syawal. Esok hari Sabtu dan sudah tentu ramai yang telah pun merancang mengadakan rumah terbuka. Budaya rumah terbuka ini sudah menjadi kewajipan bagi yang berkemampuan. Bagi yang tidak mempunyai peruntukan untuk mengadakan rumah terbuka ini, usah risau.

Jamulah tetamu yang berkunjung ke rumah dengan seadanya. Biarpun hanya sekadar minuman dan kuih raya yang ala kadar, ia sudah memadai. Bagi tetamu yang datang pula, usah terlalu berkira dan merungut dengan hidangan dari tuan rumah. Usah perkecilkan mereka, kerana tujuan asal budaya kunjung mengunjung ini adalah untuk berziarah sahabat. rakan taulan dan juga sanak saudara yang sudah lama tidak berjumpa.

Kesempatan ini diambil untuk bertanya khabar dan juga bermaafan sesama kita. Jangan pula kita menolak tetamu yang datang berkunjung, layanlah mereka sebaiknya biarpun ketika itu kita sudah pun bersiap mahu keluar rumah. Mereka sudah datang dan jangan pula mereka pulang dengan perasaan hampa. Harus ingat, setiap tetamu yang datang kerumah, akan membawa bersama kebaikan kepada tuan rumah.


~ masih dalam mood raya.. Selamat Hari Raya.. :)


3 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Saraaa Leen said...

Selamat Hari rayaaaa :') Hhaaa

SITI NOORNADIYANA said...

selamat hari raye.. baru je sempat berblogwalking harini. :)

Lia Irdelia said...

saraa Leen ~ selamat hari raya jugaa.. hehe


Yana~ haha.. semua sibuk beraya.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...