^_^

Monday, 5 September 2011

Syawal ~ Setelah seminggu..


Tentang aku~

Syawal telah pun seminggu berakhir.. macam-macam yang berlaku.. dan aku merasa sangat puas biar pun hanya semalaman beraya di kg halaman.. Melawat saudara mara dengan mengkhabarkan kepada semua yang selama ini asyik bertanyakan status diri ini…

Alhamdulliah… Ini ku anggap sebagai rezeki berkat Ramadhan.. Setelah hampir 4 bulan menjadi pelarian dalam hidup.. kini aku kembali melayari bahtera untuk menuju ke lautan yang lebih luas dan dalam..

Aku pasti selepas ini akan ada lebih banyak cabaran baru yang datang dan pergi dalam tempoh aku cuba untuk mengemudikan pelayaran hidup ini.. Semakin aku cuba untuk bertahan, pasti semakin banyak ujian datang menerpa..

Sekalipun aku hampir goyah dan jatuh menyembah bumi, namun desakan dari persekitaran menjadikan aku semakin kuat dan kuat.. Semoga diri ini lebih tabah! InsyaAllah.. Terima Kasih pada sokongan kuat yang aku terima selama ini.. Terima Kasih semua..


0 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...