^_^

Friday, 9 September 2011

Kamu dan aku menangis berdua


Kau memang indah.. Menawan dan menarik hati ini.. Aku bangga memilikimu.. Namun aku juga cemburu.. Kerana manis mulutmu yang petah berbicara serta mudah mesra dengan sesiapa jua.. Tatkala kita bersama, Pasti ada saja mata yang memandangku serong, mungkin kerana kau terlalu baik parasnya untuk dipadankan denganku.

Cemburu hati ini bila kau bersama dengan gadis lain, biarpun kamu hanya berkawan. Namun aku tahu mereka menyimpan perasaan. Bilamana aku mempersoalkan, kau berkata jangan terlalu mengikut perasaan… Katamu kau dan aku sentiasa akan berpasangan dan jangan mudah terguris dengan keadaan. Aku diam. Tapi hati ini menangis bila kita sudah punya masa yang terhad untuk bersama..

Bila kamu ku ajak keluar, katamu sedang mempunyai urusan, tapi kau kutemui berduaan. Hancur hati ini melihat kamu berpegangan. Dia?.. Memang gadis rupawan, mungkin kerna itu kau tertawan.. Aku?.. hanya gadis picisan.. Aku tabahkan hati ini.. Ku diamkan saja kerna hati ini terlalu sayang padamu.. Namun bila kali kedua kau kutemui bersamanya lagi, dalam diam aku nekad untuk memutuskan.. Cukuplah sampai disini.. Ku hantar mesej penjelasan dengan niat untuk memutuskan, namun kau terlebih dahulu membuat panggilan padaku, katamu aku kau rindu..

Aku buntu.. Benarkah katamu itu?.. Atau hanya kata yang palsu?... Dan kita pun bertemu.. di saat itu, aku meluahkan segalanya, dan mula menyulam kata.. Kita putus!.. Kamu?.. Bulat matamu memandangku.. sungguh-sungguh kamu memohon maaf atas kekhilafan perasaan yang kau alami.. Aku keliru. Antara percaya dan juga buntu..

Kerana sayang, aku diamkan.. Tapi ingat, kali ke ketiga kamu kutemui bersamanya atau mana-mana gadis dengan gaya mesra, maka ini adalah pertemuan terakhir kita.. Aku tidak mampu berkongsi rasa dengan kamu yang sering melukakan,,, Itu janjiku.. kamu angguk penuh sesalan. Katamu tidak sanggup untuk melepaskan ikatan yang terjalin ini. 4 bulan saja lagi kita akan ditunangkan. Dan ku lihat ada genangan airmata dalam sinaran matamu.. Malam itu, kita tenggelam dalam rasa, kamu dan aku menangis berdua..



3 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

aimie amalina said...

sakitttnyeeeee ;(
huk3

SITI NOORNADIYANA said...

sedih...

Lia Irdelia said...

aimie ~ sakit, tpi baik semula.. hehe

yana ~ huhu... sedih la sikit.. :)

tq for reading ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...