^_^

Sunday, 11 September 2011

Demi masa depan..



Abah,,

Hari ini, acik dan busu sudah pun meninggalkan rumah.. Memulakan semula perjuangan mereka dalam bidang masing-masing sete;ah bercuti hari raya.. Anak2 kecil abah sudah hampir menamatkan zaman belajar mereka. Dan dalam masa setahun setengah lagi, anak-anak abah sudah pun tamat belajar semuanya…Lepas ini, rumah akan mula sunyi seperti sedia kala.. hanya tinggal Ateh dan emak.. hanya kami berdua.. dan juga si comel kecil yang juga akan di ambil pulang ibu mereka hujung minggu ini.. Sedihnya..

Abah,

Esok, anak abah yang seorang ini pula akan menempuh hari baru dalam hidup.. Ya, hari yang sangat baru dalam hidup. Anak abah yang seorang ini akan memulakan kerjayanya dalam bidang perbankan.. Untuk sementara waktu ini, bidang ini adalah yang terbaik.. anakmu masih akan mencuba mencari bidang yang lebih sesuai dengan jiwa ini.. Mungkin lama lagi.. usaha ini akan terus dan terus hingga ketemu..

Abah,

Anak-anak kecilmu ini akan terus berusaha demi masa depan sendiri… kami akan terus mencuba dengan sokongan semua kekanda dan juga bonda tersayang… Semoga abah tenang di sana,,

Alfatihah buat abah tersayang,,,,



5 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

embun aRoRa said...

=]
mesti abah tika mendengar ini di"kejauhan" sana
doakan yg terbaik
alfatihah

Lea IsNaw! said...

alfatihah buat ayah lia

selamat menempuh dunia baru

ArulchelseA said...

al-fatihah utk ayah lia.

smoga lia berjaya dlm hidup..

aimie amalina said...

abah mesti bangga...
alfatihah utk abah...

Lia Irdelia said...

embun arora ~

Lea ~

ArulchelseA ~

aimie amalina ~

TQ alots ya... really appreciate it.. TQ guys.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...