^_^

Saturday, 3 September 2011

Cinta yang dulu hilang, kini kembali pulang


Cinta datang dan pergi.. Ia menjadi satu kisah yang abadi..Biarpun kadang kala cinta yang datang tidak seindah seperti yang kita pernah impikan, namun yang pasti ia tetap menjanjikan sebuah kenangan terindah untuk dikenang walaupun hanya sedetik saja kemanisan itu.

Cinta yang pergi juga seringkala pulang semula menyatukan 2 insan yang masih lagi punyai perasaan yang tersimpan disebalik sebuah rasa yang semakin hilang itu. Bersatu atau tidak itu terpulang pada hati yang pernah dilukai dan melukai.

Andai terciptanya kembali saat manis suatu masa dahulu beerti cinta yang pernah bersemi itu punyai kuasa dan pengaruh yang sangat kuat dan agung. Maka bergembiralah seandainya keagungan cinta murni itu bersatu dan berkekalan hingga terlafaznya satu akad yang akan dikenang sebagai lafaz bersejarah.


p/s : dah berapa ramai yang telah pun berpisah, namun berjumpa dan kembali bersatu.. Bahagianya mereka... semoga kekal :)



0 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...