^_^

Thursday, 8 September 2011

Buah mangga untukmu..



Esok hari guru.. adik garu kepala, semua kawan-kawan dah merancang nak beli hadiah untuk cikgu kesayangan masing-masing. Mereka cakap nak beli bunga la, nak bagi beg la, macam-macam la.. adik garu kepala lagi. Adik pun sayang cikgu.. Adik nak bagi cikgu Rozita hadiah. Cikgu Rozita tu guru kelas adik. Tapi adik tak tau nak bagi apa.. Adik mana ada duit. Nak mintak pada mak dan abah?.. adik kesiankan mereka. Adik pergi sekolah pun bawa bekal, nak jimat duit, takkan nak mintak pada mereka pula, Jadi apa adik nak bagi ni.. Lama adik termenung depan rumah menghadap pohon mangga yang rendang. Buahnya bergayut-gayutan, ada yang sudah mulai kemerahan. Tiba-tiba adik tersenyum.

Pagi sudah tiba. Adik cium lagi hadiah yang bakal diberi pada Cikgu Rozita. Dah siap berbungkus dalam plastik warna merah. Sampai je kat sekolah, adik berlari-lari masuk kelas. Adik nampak ramai yang dah letak hadiah mereka atas meja guru.. Ada besar, ada kecil. Adik pun teringin nak letak sekali. Tapi adik rasa malu.. Hadiah adik tak seberapa. Adik rasa macam nak menangis je. Malu kena gelak dengan kawan-kawan. Adik sorok hadiah yang adik pegang belakang beg. Adik pandang kiri-kanan, bila tak ada orang perasan, cepat-cepat adik pergi meja guru dan letakkan hadiah adik untuk Cikgu Rozita. Pagi ni, cikgu Rozita akan masuk kelas. Adik harap Cikgu suka hadiah adik walaupun ianya tidak seberapa.

Dari jauh, Cikgu Rozita sudah kelihatan. Adik mula berdebar. Adik takut Cikgu tak suka hadiah adik. Bila cikgu masuk, Cikgu belek-belek hadiah yang ada atas meja, Cikgu Rozita tiba-tiba tersenyum bila memegang satu bungkusan hadiah. Itu hadiah dari adik!.. Oh tidak.. Cikgu mula bertanya, siapa yang bagi hadiah tu, sebab ia lain dari yang lain.. Tapi tiada siapa yang jawab. Ada kawan adik yang tergelak dan ketawa. Adik malu sangat. Adik tak angkat tangan la.. Adik tak nak orang tahu itu dari adik. Adik malu.. Malu sangat.. Muka adik dah merah.. Tapi adik tak menangis.. Adik sudah darjah tiga, tidak boleh menangis lagi kata mak.. Tak apalah.. biarlah mereka ketawa, janji adik puas dapat bagi Cikgu Rozita hadiah.

Waktu kelas sudah habis. Diakhir waktu, Cikgu Rozita memulangkan semula buku latihan yang baru disemak. Nama adik dipanggil ke meja guru untuk mengambil buku. Adik pun pergi ke meja guru, tiba-tiba Cikgu Rozita tersenyum dan berbisik,

“Terima Kasih untuk buah mangga ni ya.. Saya suka..” Kata Cikgu Rozita lembut.

Adik terkejut!.. Terkejut sangat. Baru adik ingat yang adik pernah bagi cikgu buah mangga dulu. Mungkin sebab tu cikgu Rozita tahu.. Adik tersenyum gembira.. Gembira sangat sebab hajat adik nak bagi Cikgu Rozita hadiah tercapai, walaupun ianya hanya 3 biji buah mangga yang berbalut plastik merah.. Adik seronok sangat!!



-----------------------------------------------------------------


4 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Solihahazahar said...

perghh terharu membacenye

Freaky said...

yeeaaa nasib baik cikgu rozita suka buah mangga :)

Syahbinar Shuib said...

wahh... menarik citer nih :)

Lia Irdelia said...

solihahazhar ~ huhu.. kenangan dulu.

Firdaus ~ dia suka buah tu.. :)

Syahbinar ~ huhu.. Tq!..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...